DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

mohon Bantuan Baik Pulih Surau

  • Mohon bantuan baik pulih surauSebahagian barangan dan kelengkapan surau yang musnah dan perlu diganti baharu.
< 1 / 2 >

SUNGAI BUAYA - Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Al-Ikhwan berharap agar pihak bertanggungjawab dapat membantu bagi mengumpulkan dana untuk membaik pulih kerosakan pada rumah ibadat berkenaan.

Penasihat surau berkenaan, Wan Whairul Anuar Abdullah berkata, pada minggu lalu, bumbung surau berkenaan telah mengalami kerosakan teruk secara keseluruhan selepas diterbangkan angin ribut yang kuat.

“Pada hari kejadian, hujan dan ribut begitu kuat sehingga menerbangkan bumbung surau ini dan menyebabkan kerosakan teruk,” katanya.

Menurut Whairul, selain kerosakan atap, karpet di dalam surau itu turut musnah dan tidak dapat digunakan ekoran mengalami kerosakan selepas dibasahi dengan air hujan.

Katanya, sistem pembesar suara dan pendawaian juga kini tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan anggaran nilai kerosakan adalah berjumlah kira-kira RM140,000.

“Kami juga telah membuat permohonan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan permohonan itu sedang diproses,” katanya.

Ujarnya, pihak AJK surau turut mengharapkan bantuan orang ramai bagi membolehkan kemudahan rumah ibadat itu dibaik pulih segera memandangkan ketibaan  Ramadhan tidak lama lagi.

Buat masa ini, kariah di surau tersebut terpaksa menunaikan solat di luar memandangkan keadaan dalam surau berkenaan masih tidak dapat digunakan.

“Pada waktu hujan juga, air akan masuk ke dalam surau dan disebabkan itu kariah hanya menunaikan solat di kuar,” katanya.

Dalam pada itu, mana-mana pihak yang ingin menyampaikan bantuan boleh berhubung terus dengan Pengerusi surau tersebut di talian 0123047083( Mustafa Kamal Saud) atau melalui akaun Bank Muamalat 12010000718711.


Kemaskini pada 2015-05-11 13:54:49 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page