DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Pemaju layan endah tak endah

BATANG KALI - "Saya ni susah hati sangat-sangat... nak tinggal di rumah sendiri pun tak selamat. Saya ni susah hati nak biarkan keluarga tinggal dalam rumah yang retak sana-sini tu.

Masalah retak ni bukan baru, tapi sejak 2010... Sebabkan bimbang keselamatan keluarga, saya anak-beranak terpaksa tinggal menumpang di rumah mertua," begitulah keluhan Mohd Zuraidi Mat Akhir, 37, yang merupakan salah seorang penduduk di Jalan Cenggal 6, Desa Alam Ria, di sini.

Katanya, keretakan yang pada mulanya kecil kini bertambah teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Saya mula masuk ke rumah ni pada tahun 2010. Waktu tu memang dah ada keretakan, tapi kecil saja. Disebabkan masih ada jaminan dua tahun oleh pihak pemaju, saya dah buat laporan kepada pihak berkenaan supaya tindakan selanjutnya diambil,” katanya.

Bagaimanapun katanya, selepas pemaju menjalankan kerja baik pulih, keadaan keretakan dilihat kembali berulang dan menyebabkan dia sekeluarga diselubungi kebimbangan dan resah memikirkan soal keselamatan.

Mengambil tindakan segera, dia kemudian telah memaklumkan semula hal tersebut kepada pemaju supaya langkah baik pulih dilakukan, namun sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan daripada pihak berkenaan.

“Saya kesal dengan apa yang berlaku... aduan kepada pemaju dah dibuat. Mereka pun dah janji nak datang tengok semula masalah ni. Tapi, sampai sekarang tak ada apa-apa. Malah, tiada wakil pun daripada pihak pemaju yang datang tengok seperti dijanjikan," katanya kesal.

Menurutnya, terlalu risau dengan masalah yang dihadapi, laporan di Balai Polis Batang Kali telah dibuat.

“Dah banyak kali saya berhubung dengan pihak pemaju. Tapi, mereka hanya berjanji... janjinya nak datang tengok masalah yang berlaku dan ambil tindakan sepatutnya. Sampai sekarang tunggu tak ada. Janji hanya tinggal janji..." keluhnya.  

Menerusi maklumat yang diberikan oleh pemaju sebelum ini, Mohd Zuraidi memaklumkan keadaan keretakan itu berlaku disebabkan masalah pergerakan tanah di tapak tersebut.

Katanya, tindakan segera perlu diambil oleh pihak berkenaan bagi menyelesaikan masalah ini memandangkan mereka sekeluarga telah lama memohon untuk tindakan sewajarnya.

“Sepatutnya pemaju perlu menyediakan rumah sementara buat kami tinggal sehingga kerja baik pulih selesai dijalankan. Selain tu, saya lihat pemaju kini macam berdolak-dalik. Setiap kali mereka jawab panggilan telefon saya,” katanya.


Kemaskini pada 2015-04-08 14:11:39 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page