DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Pencuri Sembelih Dari Luar Sangkar

Kwee Len menunjukkan cara pencuri berkenaan memasukkan tangan dan memotong ayam yang disimpan di dalam sangkar ini dalam keadaan masih hidup. Gambar kecil: Kesan darah yang masih terdapat di luar sangkar. 

HULU SELANGOR - Seorang peniaga menanggung kerugian selepas ayam yang ditinggalkannya di Pasar Awam Serendah di sini, untuk dijual pada keesokan hari dicuri.

Lebih menyayat hati, peniaga berkenaan, Wong Kok An, 57, mendakwa, ayam berkenaan dipercayai diperlakukan dengan kejam terlebih dahulu oleh pihak yang melakukan kegiatan tidak bermoral itu.

Menurutnya, kejadian pada malam Sabtu lalu sememangnya amat mengejutkan memandangkan dia tidak menyangka pencuri terbabit akan bertindak sedemikian rupa.

“Sebelum ini, ayam-ayam saya memang dah biasa kena curi. Pernah juga pencuri lesapkan 20 ayam sekali gus yang saya letakkan dalam satu bakul.

“Tapi kejadian Sabtu lepas memang mengejutkan. Pencuri bertindak kejam dengan mengorbankan lima ayam yang saya tinggalkan di dalam sangkar," katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya lagi, mungkin disebabkan sukar mengeluarkan ayamayam terbabit, pencuri memasukkan tangan ke dalam sangkar dan menangkapnya.

“Saya syak pencuri sembelih ayam dalam sangkar dan potong ke beberapa bahagian lebih kecil menggunakan pisau.

“Ini bagi memudahkan dia mengeluarkan ayam-ayam berkenaan sebab sangkar besi itu saya kunci dan susah nak dipecahkan,” katanya.

Kok An berkata, memang tidak dinafikan ayam-ayam yang dijual akan disembelih dan dimakan namun, perbuatan yang dilakukan pencuri terbabit tidak berperikemanusiaan.

Katanya, dia kini terpaksa membawa balik kesemua ayam yang hendak dijual pada keesokan hari ke rumahnya bagi mengelakkan kejadiansama berulang.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Damai, Chok Kwee Len berkata, selain kejadian curi ayam, terdapat beberapa barangan lain milik peniaga di sini, yang ditinggalkan turut kerap dicuri oleh pihak terbabit.

Kwee Len berkata, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) perlu menambah baik sistem keselamatan di premis ini memandangkan kegiatan kecurian mula berleluasa.

“Saya cadangkan supaya MDHS dapat sediakan pengawal keselamatan untuk pantau tempat ini yang sering menjadi sasaran kegiatan tidak bermoral itu,” katanya.


Kemaskini pada 2015-02-09 11:49:31 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page