DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Memang Tidak Ada Laluan Lain

  • Normi (dua, kanan) menunjukkan jalan yang dicadangkan penduduk sambil diperhatikan
Suntaresan (kanan).Normi (dua, kanan) menunjukkan jalan yang dicadangkan penduduk sambil diperhatikan Suntaresan (kanan).
< 1 / 1 >

HULU BERNAM - Sejak lebih 50 tahun lalu penduduk di kawasan perumahan Jalan Besar Hulu Bernam terpaksa melalui jalan sempit berikutan rizab jalan tertutup dengan aktiviti perniagaan.

Berdasarkan maklumat penduduk, sepanjang tempoh setengah abad itu juga sudah lima rumah penduduk musnah terbakar di mana kesukaran jentera bomba memasuki kawasan tersebut menjadi antara faktor kejadian itu.

Penduduk, Normi Jamaludin, 50, berkata, mereka hanya melalui jalan yang muat untuk sebuah kenderaan pacuan empat roda dan melalui tepian dinding luar rumah tidak berpagar.
“Memang tidak ada laluan lain. Sini sajalah.

“Dulu ada jalan depan rumah saya tapi sementara saja dapat digunakan sebab tanah itu milik individu dan telah dibangunkan,” katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, usaha penduduk untuk membuat jalan masuk telah dilakukan sejak sekian lama namun tidak pernah berhasil.

Menurutnya, sejak tahun 2000 penduduk telah membawa perkara itu ke dalam mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tetapi sehingga kini usaha itu masih tidak menunjukkan tanda positif.

“Dulu lagi dah buat permohonan tapi sampai sekarang tak dapat buat jalan.

“Ada rizab jalan tapi ditutup sebab ada orang gunakan kawasan itu letak kayu-kayu yang dijual,” katanya.

Normi berkata, kawasan itu tidak sepatutnya ditutup kerana ia bukan milik persendirian sebaliknya tanah kerajaan dan peniaga hanya menyewa.

Katanya, pihak berkuasa mempunyai kuasa untuk mengambil alih tanah tersebut untuk dijadikan jalan utama.

Sebelum ini, Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, S Suntaresan telah beberapa kali membangkitkan isu berkaitan jalan berkenaan dan beliau sendiri telah membawa pelbagai usaha untuk memastikan isu tersebut diselesaikan.

Bagaimanapun, masih terdapat beberapa proses yang perlu dilalui sebelum penyelesaian dapat dicapai.

Beliau yang melawat kawasan itu semalam berharap suara penduduk dapat membuka mata pihak berkuasa dan membawa kepada penyelesaian diharapkan.


Kemaskini pada 2014-08-07 17:01:28 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page