DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Masalah Sampah Masih Tidak Selesai

  • Beginilah keadaan longgokan sampah di Jalan Meranti yang berlarutan sekian lama. Gambar kecil: ZolkapliBeginilah keadaan longgokan sampah di Jalan Meranti yang berlarutan sekian lama. Gambar kecil: Zolkapli
< 1 / 1 >

BATANG KALI - Kawasan laluan bas persiaran ke Bandar Utama Batang Kali dekat Jalan Meranti di belakang Dewan Dato’ Abdul Hamid di sini, ternyata dijadikan sasaran pihak tidak bertanggungjawab apabila dikotori dengan timbunan sampah haram.

Masalah ini mungkin dilihat berpunca daripada sikap penduduk berdekatan. Namun, ia tidak wajar diletakkan terus pada bahu penduduk sedangkan pihak berkuasa juga dikatakan gagal menyediakan kemudahan serta alternatif bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Peniaga yang ingin dikenali sebagai Liya, 26, berkata, masalah itu bukan baharu, sebaliknya sudah hampir setahun berlarutan tanpa ada penyelesaian konkrit.

“Kalau nak dikira, memang tak terkira orang yang buang sampah di situ. Berpuluh kereta, lori pun ada. Ada yang berhenti buang dan kebanyakannya sambil lalu, sambil campak (sampah) ke situ,” katanya.

Liya berkata, mereka yang mengusahakan kedai makan menjadi mangsa kerana bau busuk mengganggu keselesaan pelanggan.

Katanya, bukan sedikit sampah yang dibuang. Disebabkan tiada kutipan, sampah berulat dan bau busuk menyelubungi kawasan tersebut.

“Pernah dibersihkan tapi sekejap saja dah penuh. Siap letak pengawal untuk pastikan tiada orang buang sampah. Tapi dua tiga hari saja, lepas tu pengawal tak ada orang buang lagi,” katanya sambil memberitahu walaupun masalah utama berpunca akibat sikap penduduk, namun jika tong sampah disediakan masalah ini boleh dikurangkan.

Penduduk, Zolkapli Mansor, 44, berkata, ketiadaan tong sampah ditambah lori sampah tidak masuk ke kawasan perumahan antara sebab penduduk ambil jalan mudah buang sampah.

“Sebab utama tak ada tong sampah. Lori sampah tak datang ikut jadual, kadang-kala tak datang langsung. Kalau ikut jadual berkala dua kali seminggu. Jadi penduduk tak ada pilihan,” katanya sekali gus memberitahu maslah boleh diatasi jika pihak berkuasa menyediakan tong sampah.

Katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) meletakkan papan tanda amaran tetapi tidak menyediakan kemudahan kepada penduduk.

“Kadang kala sikap penduduk juga yang masalah tapi PBT buatlah alternatif bagaimana supaya sampah tak bersepah,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerja Majlis Jaksa Pendamai Daerah Hulu Selangor, Muhd Halilur Rahman Saed Muhammad berkata, masalah itu telah pun di muat naik ke laman sosial.

Selain itu hal turut telah dipanjangkan kepada Adun Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahlan dan beliau akan melawat kawasan tersebut pagi ini.


Kemaskini pada 2014-06-11 17:43:22 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page