DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Sultan Selangor terima zakat perniagaan RM20.45j

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima zakat perniagaan 2013 berjumlah RM20.45 juta daripada Lembaga Tabung Haji (TH) dan DRB-Hicom Bhd bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS).
    
Baginda menerima cek bernilai RM12.45 juta daripada TH dan cek bernilai RM8 juta daripada DRB-Hicom dalam satu majlis di Istana Bukit Kayangan di sini.
    
Zakat perniagaan TH disampaikan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Paduka Ismee Ismail manakala DRB-Hicom diwakili Pengarah Urusan Kumpulannya Tan Sri Mohd Khamil Jamil.
    
Majlis itu turut dihadiri Pengerusi LZS Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa dan Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid. - Bernama

Kemaskini pada 2014-04-05 14:05:02 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page