DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| HUBUNGI KAMI ||PETA LAMAN
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T

Perutusan Pegawai Daerah Hulu Selangor

Bismillahirrahmanirahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saya ingin merakamkan ucapan setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak MAMPU dan Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang telah memberikan latihan dan bimbingan dalam membangunkan Laman Web Rasmi Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor .

Arus perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi sangat pantas dan begitu signifikan dalam era globalisasi dan liberalisasi ekonomi menjadikan laman web ini sangat bermakna bukan sahaja kepada warga kerja Pejabat ini, malahan kepada keseluruhan jabatan/agensi kerajaan, penduduk Daerah Hulu Selangor dan kesemua stakeholder di peringkat Kerajaan Negeri Selangor dan Persekutuan.

Laman Web ini akan sentiasa dikemaskini dari segi kandungan maklumat, penampilan dan kemudahan  berurusan yang disediakan dan saya amat berharap agar ianya dapat menjadi bahan rujukan berguna kepada semua pengunjung. Segala pandangan dan komen membina, sangat dialu-alukan bagi memantapkan lagi laman web ini.

Sekian, Selamat melayari Laman Web PDT Hulu Selangor.

Berdisiplin, Akauntabiliti, Integriti dan Kerjasama.

 

Tuan Mohd Fauzi Bin Mohd Yatim, S.M.S

Pegawai Daerah/Tanah Hulu Selangor

 

 


Kemaskini pada 2017-12-20 15:57:50 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page