DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Boleh dikatakan ia Darurat Jerebu

  • 'Boleh dikatakan ia darurat jerebu'Kee Hiong (dua, kiri) ketika mengagihkan topeng muka ke sekolah-sekolah rendah di dalam Dun Kuala Kubu Bharu.
< 1 / 1 >

HULU BERNAM - Hampir seluruh kawasan dalam daerah Hulu Selangor diselaputi jerebu tebal. Indeks pencemaran udara (IPU) yang dicatatkan petang, semalam di kawasan Tanjung Malim adalah 106 iaitu pada paras tidak sihat.

Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong berkata, beliau mengambil pendekatan segera dengan mengagihkan topeng muka ke seluruh sekolah rendah dalam Dun beliau bermula kelmarin.

“Kita telah mengagihkan topeng muka ke semua 13 sekolah rendah dalam Dun Kuala Kubu Bharu dan akan tingkatkan agihan dari masa ke semasa. Kita agihkan kepada murid sekolah rendah kerana mereka antara paling berisiko dan juga guru-guru juga kita beri topeng muka khas,” katanya.

Kee Hiong turut menasihatkan orang ramai supaya menggunakan topeng muka dan kurangkan melakukan aktiviti luar.

Penduduk yang ditemui turut melahirkan kebimbangan berikutan peningkatan mendadak Indeks pencemaran udara (IPU) dalam tempoh seminggu dan menyifatkannya fenomena sebagai luar biasa.

Pekerja kilang, Azman Abdul Hamid, 27, berkata, kebakaran hutan yang berlaku hampir di seluruh negeri turut dilihat penyumbang kepada masalah tersebut.

“Tengoklah di sekeliling kawasan kita ni, mana ada hutan atau belukar yang tidak terbakar. Semua tebing bukit hingga ke bahu jalan ada kesan terbakar. Memang agak luar biasa fenomena ni... dan saya boleh katakan ia darurat jerebu,” katanya.

Menurutnya, bermula dengan fenomena sejuk hujung tahun lalu, diikuti peningkatan suhu dan kepanasan, kemarau, kebakaran dan akhirnya jerebu.

Katanya, keadaan diburukkan lagi dengan masalah ketiadaan air yang juga dilihat mengekang usaha pemadaman kebakaran.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, IPU yang dicatatkan sejak Rabu lalu menunjukkan peningkatan hingga ke paras tidak sihat.

Bermula 12 Mac, IPU dicatatkan di Tanjung Malim hanya 95 iaitu sederhana dan meningkat sedikit kepada 96 pada 13 Mac dan jam 4 petang semalam sebanyak 106.


Kemaskini pada 2014-03-17 08:14:23 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page