DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

MB : RM2 juta laksana program, tingkat kemahiran belia

MB : RM2 juta laksana program, tingkat kemahiran belia

Oleh : NORHAYATI UMOR

KAJANG, 7 MAC: Kerajaan Selangor memperuntukkan RM2 juta setahun bagi pelaksanaan Program Kemahiran Tektikal Belia Luar Bandar selaras dengan dasar prihatin untuk semua golongan yang akan bermula April ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata program teknikal itu memberi peluang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak berminat atau berpeluang melanjutkan pelajaran.

Katanya, belia terbabit akan diberikan tempat di beberapa sekolah latihan yang menawarkan khusus kemahiran penyelenggaraan lif dan elektrik.

khalid“Belia adalah golongan yang penting. Jadi tanggungjawab kita adalah memberikan peluang untuk masa depan mereka.

“Oleh itu, kerajaan negeri bersetuju untuk melancarkan program kemahiran ini supaya mereka boleh mempelajari bidang teknikal seperti pendawaian elektrik dan perpaipan,” katanya selepas melancarkan program kebajikan terbabit di Dewan Orang Ramai, Taman Mesra, di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata, ketua kampung baru, tradisi atau India bakal memilih tiga orang pelajar di setiap kawasan untuk mengikuti kursus itu bagi melaksanakan program itu.

“Dengan adanya program ini, saya harap dapat memberi peluang untuk belia kita mendapat masa depan yang cerah dan sihat juga mengelakkan daripada terjebak dengan aktiviti tidak sihat,” katanya.

hari beliaBeliau berkata, belia yang terpilih akan dihantar mengikuti latihan teknikal dalam jangka masa enam bulan hingga satu tahun dan semua kos latihan termasuk elaun sara hidup akan ditanggung kerajaan negeri.

Katanya, belia itu nanti akan ditempatkan untuk bertugas di pangsapuri seliaan kerajaan negeri selepas tamat tempoh latihan.

“Kita mahu mereka bekerja dengan kita dan akan memberikan gaji minima RM1,500. Sijil tamat latihan juga akan dikeluarkan mengikut standard daripada Australia,” katanya.

-NFN-


Kemaskini pada 2014-03-07 17:07:06 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page