DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Timbunan Sampah Terbakar Sejak Petang Jumaat

  • Terbakar sejak petang JumaatAnggota bomba berusaha memadam kebakaran di Pusat Pelupusan Sampah Bukit Beruntung. - Foto Sinar Harian
< 1 / 1 >

BUKIT BERUNTUNG - Kawasan seluas lebih empat hektar di Pusat Pelupusan Sampah Bukit Beruntung musnah dalam kebakaran yang berlaku sejak petang Jumaat lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu (KKB), Noor Azhar Tajudin berkata, kebakaran tersebut dipercayai berpunca daripada cuaca panas yang melanda negara pada ketika ini.

“Terdapat tiga timbunan sampah di pusat pelupusan tersebut dan kebakaran berlaku pada timbunan sampah di bahagian tengah.

“Keluasan kawasan yang terbakar lebih kurang empat hektar dan pada peringkat awal operasi pemadaman dilakukan dalam jarak dan keluasan 30 meter,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Katanya, operasi pemadaman pada  hari pertama dilakukan bersama anggota bomba daripada balai KKB,  balai Rawang, balai Batu Arang dan balai Sungai Buloh yang mengambil masa 24 jam.

Menurutnya, pada hari kedua hanya operasi kawalan dilakukan bagi mengelak kawasan lain terlibat.

“Pada hari kedua kita gunakan sepenuhnya anggota balai KKB sambil dibantu pekerja pusat pelupusan sampah tersebut.

“Pihak bomba juga berbincang dengan pemilik pusat pelupusan sampah tersebut untuk mendapatkan kerjasama kerana kita juga mempunyai komitmen untuk menyelesaikan aduan awam dan beberapa kes lain dalam daerah ini,” katanya.

Beliau berkata, langkah seterusnya yang akan dilakukan pihak bomba adalah dengan mengorek dasar sampah untuk memadam kebakaran daripada lapisan bawahnya.

Menurutnya, pihaknya tidak berdepan masalah untuk mengawal kebakaran tersebut namun memandangkan sampah daripada material plastik maka perlu mengambil masa lebih kurang seminggu untuk memastikan masalah tersebut dapat dikawal sepenuhnya.


Kemaskini pada 2014-02-24 09:35:50 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page