DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Premis Diesel Haram Kena Serbu

  • Premis diesel haram kena serbu Lori tangki berlesen digunakan untuk menjual minyak seludup dipercayai kepada pengusaha industri di sekitar Lembah Klang.
< 1 / 1 >

BUKIT BERUNTUNG - Bertindak atas maklumat orang awam Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kuala Kubu Bharu menyerbu sebuah premis kedai lama di Jalan Jenjarum 3, Seksyen BB11 yang dijadikan stor simpanan dan pemindahan diesel haram.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah, Mispari Japar berkata, ketika serbuan yang dilakukan PPDNKK bersama pihak polis, tiga pekerja sedang memindahkan diesel daripada tangki simpanan ke dalam lori tangki yang mampu memuatkan 4,000 liter diesel.

“Serbuan dibuat selepas risikan kita lakukan selama seminggu dan mendapati premis ini dijadikan stor untuk menyimpan dan menyedut diesel sebelum dijual.

“Terdapat  beberapa  peralatan digunakan seperti mesin penyedut dan pemindahan minyak termasuk tangki yang diubahsuai untuk menyimpan diesel sehingga 8,900 liter,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, PPDNKK merampas kesemua peralatan digunakan termasuk lori tangki dengan nilai rampasan dianggarkan RM72,000.

Katanya, siasatan awal mendapati kegiatan tersebut bermula sejak September tahun lalu namun berkemungkinan tempoh lebih lama dari itu.

Mispari berkata, berdasarkan maklumat orang awam, terdapat beberapa buah lori tangki minyak sering memasuki kawasan tersebut dan keadaan itu mencurigakan.

“Kita dapati kegiatan ini tiada kelulusan Pengawal Bekalan Malaysia untuk kebenaran menyimpan minyak diesel yang merupakan barang kawalan.

“Kesalahan dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 di mana pemilik perniagaan menyimpan minyak tanpa kelulusan,” katanya.

Katanya, jika disabitkan kesalahan pemilik perniagaan tersebut boleh dikenakan denda RM250,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Tambah beliau, kegiatan tersebut dilakukan oleh pemilik tunggal dan bukan melalui syarikat dan minyak diesel tersebut dipercayai dijual kepada pengusaha industri di sekitar Lembah Klang.

Tinjauan juga mendapati terdapat 11 tong khas yang mampu memuatkan 1,000 liter minyak dipercayai dijadikan sukatan untuk pelanggan turut disimpan di dalam stor berkenaan.

Malah, stor tersebut turut diubahsuai untuk dijadikan penempatan pekerja.


Kemaskini pada 2014-01-18 15:25:37 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page