DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

JKM Cari Ibubapa Bayi

  • JKM cari ibu bapa bayiBayi yang dijumpai dalam beg di depan rumah seorang penduduk di Taman Rasa Utama pada 26 Disember lalu.
< 1 / 1 >

KUALA KUBU BHARU - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mencari ibu bapa, ahli keluarga dan waris kepada bayi berusia 14 hari dijumpai dalam sebuah beg yang tergantung di pagar rumah seorang penduduk di Taman Rasa Utama, 26 Disember lalu.

Pihak JKM Hulu Selangor memaklumkan, bayi perempuan dipercayai berbangsa Melayu itu masih bertali pusat ketika ditemui, namun tiada sebarang maklumat pengenalan diri bersamanya.

Menurut pihak JKM, beg berisi bayi itu disedari pemilik rumah  di Jalan Cemperai, Taman Rasa Utama, kira-kira jam 3 pagi ketika baru sahaja balik ke rumahnya.

“Tuan rumah itu curiga dengan penemuan beg itu dan setelah mendekati melihat bayi yang baru dilahirkan di dalamnya dipercayai ditinggalkan atau dibuang oleh seseorang.

“Tuan rumah menghubungi  polis dan bayi itu dirujuk ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk rawatan dan kini masih ditahan di wad kanak-kanak hospital berkenaan,” kata wakil JKM kepada Sinar Harian semalam.

Pihak JKM memaklumkan, HKKB memberi rawatan dan memaklumkan pemeriksaan kesihatan bayi dilakukan dan mahu meletakkan bayi itu di pusat perlindungan kanak-kanak JKM.

Menurut JKM, urusan berkaitan pendaftaran kelahiran bayi itu akan dilakukan di Jabatan Pendaftaran Kuala Kubu Bharu dan JKM akan membuat permohonan mendapatkan perintah sementara kepada Mahkamah Kuala Kubu
Bharu agar bayi itu dapat diletakkan di rumah kanak-kanak bagi satu tempoh untuk tujuan siasatan penuh.

“Pihak kami juga memohon siaran akhbar berkenaan bayi itu untuk mengesan ibu bapa kandung, keluarga terdekat atau waris,” katanya.

Mereka yang mengetahui sebarang maklumat mengenai bayi itu boleh menghubungi Pegawai Perlindungan JKM Hulu Selangor di talian 03-6064 1430.


Kemaskini pada 2014-01-09 12:51:29 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page