DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Polis tahan pemandu disyaki mabuk



 

HULU SELANGOR - [DIKEMASKINI] Polis menahan seorang lelaki yang memandu secara melulu dipercayai dalam keadaan mabuk di kawasan tapak penjaja di Bukit Sentosa di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamarrudin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, suspek yang memandu sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux mengakibatkan empat individu termasuk seorang wanita cedera.
 

“Suspek berusia 32 tahun itu sudah ditahan untuk siasatan lanjut. Siasatan awal mendapati suspek dalam keadaan mabuk memaki hamun anggota polis yang sedang bertugas di kaunter pertanyaan Balai Polis Bukit Sentosa, sebelum dia melanggar orang awam dan gerai makanan di tapak penjaja itu."Mangsa yang cedera berusia lingkungan 40 hingga 50 tahun, namun kesemua mereka dilaporkan stabil,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, setakat ini, polis mengenal pasti dua kereta, dua motosikal dan dua khemah di tapak penjaja itu yang mengalami kerosakan akibat dilanggar suspek."Kita telah menerima lima laporan polis daripada peniaga gerai dan mangsa," katanya.

Kenderaan yang dinaiki suspek.
 

Terdahulu, beberapa klip video insiden itu tular di media sosial antaranya memaparkan beberapa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan orang awam membaling kayu dan objek keras ke arah kereta itu yang dipandu secara melulu. Kenderaan berkenaan turut dilihat merempuh gerai makanan di lokasi terbabit.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Kemaskini pada 2020-05-27 12:09:54 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page