DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

DQ Jakim peruntuk RM35 juta bina asrama, kelas tambahan


Paimuzi (kiri) menyampaikan Anugerah Khas (Kategori OKU Buta) kepada Amirudin Abdullah (tiga dari kiri) pada Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al Qiraat Tahun 2020 di Kampus Darul Quran Kuala Kubu Bharu hari ini.
 

HULU SELANGOR - Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memperuntukkan sebanyak RM35 juta untuk pembinaan projek bagi menambah bilangan asrama dan kelas yang dijangka bermula pada tahun ini.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Paimuzi Yahya berkata, langkah penambahbaikan itu diambil berikutan institusi pengajian itu menerima permohonan kemasukan pelajar tinggi pada setiap tahun walaupun pengambilannya terhad.

"Perkembangan pendidikan tahfiz di negara kita sentiasa berjalan dengan baik dan Jakim sentiasa berusaha untuk membantu menambah bilangan asrama dan kelas demi keselesaan pelajar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al Qiraat Tahun 2020 di Kampus Darul Quran Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.
 

Menurutnya, setelah prasarana baharu itu siap pihaknya menjangkakan penambahan pelajar sekitar 200 hingga 300 orang daripada jumlah asal.

"Kita berharap projek itu dapat dilaksanakan dengan baik demi keselesaan pelajar di institusi terbabit.

"Inilah usaha yang sedang dilakukan Jakim bagi memastikan pelajar mendapat kemudahan pendidikan yang selesa," katanya.

Katanya, kerajaan juga sentiasa memberi perhatian terhadap perkembangan dalam bidang pendidikan tahfiz di negara ini menerusi pemberian bantuan peruntukan khas kepada institusi itu antaranya untuk penyelenggaraan dan keselamatan.

 

"Peruntukan kerajaan bagi memastikan kelas-kelas tahfiz sama ada dikendalikan kerajaan ataupun orang perseorangan supaya dapat menyediakan prasarana yang sebaik-baiknya kepada pelajar," katanya.

 


Kemaskini pada 2020-02-10 08:12:28 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page