DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Tahfiz laksana ternakan secara pawah


Ternakan Al Hira Farm dikendalikan sukarelawan dengan memperkenalkan konsep satu keluarga kongsi ladang ternakan.

 

BUKIT BERUNTUNG - Pengurusan Akademi Tahfiz Al Hira Bukit Beruntung mengambil inisiatif membuka ladang ternakan kambing dengan menawarkan penglibatan masyarakat melalui kaedah pawah.
 
Mudir, Mohamad Izan Abdullah Halim berkata, ladang ternakan itu diusahakan sejak setahun lalu bermula dengan sepasang induk dan kini mempunyai 80 ekor kambing.
 
Menurutnya, pihak tahfiz menjual ternakan tersebut bagi tujuan ibadah korban dan akikah selain membuka peluang kepada orang ramai membantu kos pengurusan tahfiz yang ditubuhkan sejak empat tahun lalu.
 
"Kami mempunyai sukarelawan terdiri daripada penduduk setempat yang menguruskan ladang ternakan ini.
 
"Orang ramai dipelawa menyertai penternakan kambing menggunakan kaedah pawah melalui dua cara. Pertama, beli kambing betina dengan kami dan kami jaga hingga besar, bunting serta beranak selain bayaran upah jaga 50 sen sehari.
 
"Bila kambing tersebut beranak, pembahagian menggunakan konsep satu persatu iaitu anak pertama milik tahfiz dan anak kedua kepunyaan pemilik," katanya kepada Sinar Harian.
 
Mohamad Izan berkata, bagi cara kedua, pihak tahfiz akan menjaga kambing dihantar pemilik dengan kadar upah penjagaan sebanyak RM2 sehari yang dibayar secara bulanan sehingga tempoh sedia untuk dijual.
 
Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun CIMB Islamic Bank bernombor 8600640642 atau hubungi Mohamad Izan di talian 010-8473123.
 

Kemaskini pada 2019-08-05 07:47:59 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page