DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

SJKC Kerling terima geran tanah


June Leow menyerahkan surat perizaban tanah kerajaan itu kepada pihak Lembaga Pengurusan SJKC Kerling.

 

HULU SELANGOR - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kerling, Kalumpang menerima geran perizaban tanah kerajaan bagi tujuan pembinaan dewan terbuka di sekolah berkenaan.
 
Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui berkata, terdapat sebuah gelanggang bola keranjang di tapak tersebut yang digunakan sebagai tempat perhimpunan 96 pelajar.
 
Menurutnya, lembaga pengurusan sekolah berhasrat menaik taraf kawasan terbabit untuk didirikan sebuah dewan terbuka.
 
"Usaha mengumpul duit derma orang ramai dilakukan sejak 2016 dan berjaya memperoleh sebanyak RM500,000.
 
"Namun pihak lembaga pengurusan menyedari bahawa tapak tanah berkenaan masih milik kerajaan maka permohonan pewartaan dibuat pada tahun sama.
 
"Mereka turut meminta bantuan saya bagi tujuan tersebut dan selepas tiga tahun, permohonan ini diluluskan.
 
"Dewan terbuka penting demi keselesaan pelajar," katanya pada majlis penyerahan geran perizaban tanah itu hari ini.
 
June Leow berkata, berdasarkan surat dikeluarkan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor, perizaban tanah seluas 1,618 meter persegi itu diisytiharkan melalui Warta Kerajaan Negeri pada 6 Jun 2019.
 
Menurutnya, ia mengikut Seksyen 62 Kanun Tanah Negara bagi maksud awam iaitu untuk tapak sekolah berkenaan di bawah kawalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan diselenggara oleh lembaga pengurusan sekolah.
 
 

Kemaskini pada 2019-08-05 07:46:24 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page