DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Bahan berasas minyak disyaki punca pencemaran bau


Loy Sian (kanan) ketika melawat Loji Rawatan Kumbahan Serantau IWK Batang Kali, hari ini

 

HULU SELANGOR - Bahan berasas minyak dilepaskan dari bengkel kenderaan ke paip pembentungan awam dipercayai menjadi punca pencemaran bau yang menyebabkan gangguan bekalan air kepada lebih satu juta pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur sejak semalam.
 
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar,Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian berkata, hasil siasatan mendapati sisa itu disyaki dilepaskan tanpa kebenaran.
 
Menurutnya, sebaik menerima aduan, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melakukan siasatan bermula dengan pensampelan dari Sungai Selangor Fasa 1 hingga ke hilir Sungai Batang Kali.
 
Hasil siasatan, bau terbabit dikesan di Sungai Batang Kali dan Sungai Liam.
 
“Rentetan itu, sebanyak enam beg activated carbon (AC) diletakkan di aliran punca di kawasan Sungai Liam sebagai langkah kawalan.
 
“Pihak LUAS dapati terdapat lapisan minyak hitam di kebuk masuk Loji Rawatan Kumbahan Serantau, Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) Batang Kali. Bau yang sama dikesan di kawasan muka sauk loji. Rentetan itu, kebuk masuk loji telah ditutup pada jam 9 pagi tadi.
 
“Disyaki terdapat kemasukan discaj tanpa kebenaran ke paip pembentungan awam yang berkemungkinan dari bengkel kenderaan di kawasan sekitar,” katanya selepas melawat Loji Rawatan Kumbahan Serantau IWK Batang Kali, hari ini.
 
Beliau berkata, laporan polis dibuat di Balai Polis Bestari Jaya berhubung pencemaran yang berlaku dan pihak Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti premis berkaitan.
 
Katanya, IWK akan menjalankan kerja-kerja penyedutan keluar lapisan minyak sebelum loji IWK beroperasi seperti biasa.
 
“Pemantauan statik pihak LUAS dan pengurusan Air Selangor akan dijalankan dalam memastikan tiada kesan bau di Sungai Liam. Sehingga kini, LUAS bersama pihak yang terlibat bekerjasama bagi menangani isu ini dengan kadar segera,” katanya.
 
Terdahulu beliau berkata, LUAS menerima aduan mengenai pencemaran bau di Sungai Selangor sehingga menyebabkan empat loji rawatan air (LRA) utama di Sungai terpaksa dihentikan operasi bermula jam 1.50 petang semalam.
 
Rentetan itu sebanyak 1,133 kawasan melibatkan 1,166,842 akaun pelanggan di wilayah Petaling, Klang, Shah Alam,Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat terjejas dan mengalami gangguan bekalan air.
 

Kemaskini pada 2019-07-22 08:09:33 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page