DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

KDEBWM ambil alih tugas kutipan sampah MDHS


Ramli (kanan) bersama Shukri dan Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Raja Muzaffar Raja Redzwa menyarankan orang ramai memuat turun aplikasi i-Clean Selangor.

 

KUALA KUBU BHARU - Lori kompaktor KDEB Waste Management (KDEBWM) dilengkapi teknologi sistem pemantauan kenderaan (VMS) bagi menjejaki pergerakan jentera ketika kontraktor menjalankan kutipan sampah.Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Shukri Mohamaf Hamin berkata, pemantauan dilakukan secara berpusat di Centralized Command Center (CCC) di Ibu Pejabat KDEBWM di Shah Alam.Menurutnya, syarikat milik penuh kerajaan negeri itu akan melaksanakan sepenuhnya kutipan sampah domestik di kawasan pentadbiran MDHS bermula 1 Julai depan.

"Kerja pembersihan awam melibatkan kos sebanyak RM14.5 juta setahun juga telah diserahkan kepada syarikat ini bermula September tahun lepas."Sebanyak 23 lori kompaktor berteknologi tinggi ini bakal menyelesaikan isu tipikal yang sering dihadapi pihak kontraktor seperti lori uzur, rosak dan sebagainya."KDEBWM menguruskan aduan bersistematik melalui kewujudan CCC yang akan menyelaras setiap aduan diterima melalui aplikasi atas talian dikenali i-Clean Selangor," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penyerahan perkhidmatan pengurusan kutipan sampah domestik dan penyerahan lori kompaktor KDEBWM Sdn Bhd hari ini.
Kakitangan KDEBWM hadir pada majlis penyerahan lori kompaktor kepada sub kontraktor di Taman Tasik Millenium.
Kakitangan KDEBWM hadir pada majlis penyerahan lori kompaktor kepada sub kontraktor di Taman Tasik Millenium.

Shukri berkata, pusat arahan CCC berkemampuan menjejaki setiap unit lori secara real time untuk pemantauan dan menyalurkan aduan secara terus kepada kontraktor serta penyelia tapak.Menurutnya, kawasan operasi MDHS mempunyai 77,326 rumah, 11,904 unit komersial, 180 tong mobile garbage bin (MBG), 537 tong leach bin dan tujuh pasar awam membabitkan pecahan 24 zon."Justeru segala aduan dan permasalahan berkaitan kerja pembersihan awam seperti longkang dan pemotongan rumah serta kutipan sampah domestik, boleh disalurkan ke pihak KDEBWM melalui aplikasi i-Clean Selangor," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan KDEBWM Sdn Bhd, Ramli Mohd Tahir berkata, sehingga kini pihaknya mengambil alih kerja kutipan sampah berkenaan membabitkan 11 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini kecuali Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
 


Kemaskini pada 2019-06-27 08:16:15 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page