DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Bentang kertas kerja isu gaji


Chee Keong menyampaikan sumbangan infaq kepada keluarga asnaf dan anak yatim pada majlis tersebut di Dewan Ali Haji Ahmad IKBN Peretak.

KUALA KUBU BHARU - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) bakal dinaiktaraf kepada institusi pengajian bertaraf kolej dengan menyasarkan purata gaji antara RM1,800 hingga RM2,000 ketika bekerja di industri


Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong berkata, kertas kerja ke arah usaha tersebut masih di peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan akan dibentangkan dalam mesyuarat pengurusan tertinggi.Menurutnya, terdapat 22 IKBN di seluruh negara yang menawarkan 13 pengajian bidang teknologi membabitkan 150 kusus kemahiran.

"Namun hanya lapan IKBN yang mempunyai pengajian diploma maka apabila dinaiktaraf kepada kolej, kita mahu semua IKBN menawarkan sekurang-kurangnya satu diploma."Berkaitan usaha meningkatkan bayaran gaji penuntut lepas IKBN, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menubuhkan jawatankuasa peringkat pusat yang terdiri daripada pemegang taruh dalam kalangan pihak industri.

"Pada masa sekarang 90 peratus penuntut lepasan IKBN berjaya memperoleh pekerjaan selepas enam bulan tamat pengajian dengan gaji purata RM1,600 sebulan," katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa Perdana di IKBN Peretak, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia KBS, Datuk Dr Wasitah Mohd Yusof dan Pengarah IKBN Peretak, Normahsyuri Md Shariff.Chee Keong berkata, kerjasama KBS dan pihak industri akan meningkatkan purata bayaran gaji penuntut lepasan IKBN kepada RM1,800 hingga RM2,000 sebulan. Menurutnya, sukatan pembelajaran di IKBN diperkemaskan bagi melahirkan penuntut berkemahiran yang memenuhi keperluan dan kehendak majikan.
 


Kemaskini pada 2019-05-29 07:56:42 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page