DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Bendera MDHS berkibar di Kem Induk Everest

Bendera MDHS berkibar di Kem Induk Everest

Shukri mengibarkan bendera MDHS sebaik tiba di EBC pada 20 April lalu.

 

KUALA KUBU BHARU - Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Shukri Mohamad Hamin berjaya mengibarkan bendera MDHS di Kem Induk Everest (EBC) pada ketinggian 5,364 meter dari paras laut.

Shukri Mohamad Hamin Beliau menyertai ekspedisi ke pergunungan Himalaya itu bersama isteri, Juhaida Mohd Yamin, 46, dan empat rakan lain bermula 13 hingga 27 April lalu.

Menurutnya, kumpulan pendaki tersebut tiba di EBC kira-kira jam 4.45 petang (waktu tempatan Nepal) selepas tujuh hari pendakian. 
"Kami semua adalah rakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan pernah bersama-sama ke Kem Induk Annapurna (ABC) berketinggian 4,130 meter pada 2017.

 "Selain minat terhadap aktiviti sukan lasak mendaki, saya membawa misi mengibarkan bendera MDHS bagi meningkatkan semangat kerja di kalangan kakitangan jabatan. 

"Tiada mustahil untuk berjaya jika sesuatu perkara yang ingin kita capai dilakukan mengikut perancangan dan strategi betul selain semangat kerjasama berpasukan walaupun menempuh pelbagai cabaran.

 "Diharap kejayaan ini memberi suntikan motivasi kepada kakitangan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) dan memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat," katanya. 

Shukri berkata, dia dan isteri berjaya menawan tujuh puncak gunung tertinggi Semenanjung (G7) ketika dalam pengajian di universiti sama.

 Menurutnya, daerah ini mempunyai pelbagai produk ekopelancongan yang menjadi tumpuan penggemar sukan lasak seperti berbasikal, mendaki gunung, water rafting, larian, luncur udara dan banyak lagi. 

"MDHS turut mengambil inisiatif menganjurkan beberapa program membabitkan sukan lasak dan terbaharu acara larian ke puncak Bukit Kutu pada Julai nanti," katanya.


 

 

 

 

 

 


Kemaskini pada 2019-05-15 08:21:12 daripada eifa

  •  
  • Print
  • Email this page