DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Kuih bakul Asam Kumbang terkenal di Luar Negara

Anak muda di Kampung Asam Kumbang memproses kuih bakul.

 

KUALA KUBU BHARU - Generasi muda Kampung Asam Kumbang masih mengekalkan tradisi membuat kuih bakul menggunakan kaedah lama yang diwarisi dari nenek moyang mereka.

Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong berkata, kuih tradisi masyarakat Cina dari air tangan anak muda itu mendapat permintaan tinggi sehingga dikenali di luar negara.

Menurutnya, proses membuat kuih dilakukan secara gotong-royong sejak enam tahun lalu sempena sambutan Tahun Baru Cina.

“Kebiasaannya, zaman sekarang kuih bakul menggunakan acuan plastik dan dikukus dalam periuk di atas api dapur gas.

“Tapi di kampung ini, mereka kekalkan tradisi memasak kuih bakul yang diisi dalam acuan buluh bersama daun pisang dan dikukus dengan kayu api.

“Mereka sendiri mencari kayu api dan proses mengukukus mengambil masa 24 jam dan dijaga secara bergilir supaya masak sempurna,”katanya.

Kee Hiong berkata, keenakan rasa dan aroma kuih bakul yang dihasilkan berbeza berbanding cara moden malah hanya segelintir masyarakat yang mahir membuat kuih bakul mengikut kaedah tersebut.

Menurutnya, kuih bakul yang dihasilkan akan diberi secara percuma atau dijual bergantung kepada keputusan jawatankuasa kumpulan anak muda itu setiap tahun.

“Mereka juga pernah membuat jualan amal bagi membantu seorang guru dan saya sendiri menyokong usaha sebegini selain mengekalkan warisan.

“Ia juga boleh menjadi satu produk pelancongan bagi menarik kehadiran pelancong luar dan memperkenalkan kampung dari Kuala Kubu Bharu di mata dunia,” katanya.


Kemaskini pada 2019-01-31 18:51:33 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page