DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Pengenalan PDTHS

 

 

 

 

Daerah Hulu Selangor mula wujud semasa permulaan pemerintahan Inggeris di Kuala Kubu Bharu iaitu pada 12 Mei 1883, selepas sembilan (9) tahun campur tangan British di Negeri Selangor. Peringkat awalnya, pentadbiran Daerah Hulu Selangor dikenali dengan  “Collector of Land Revenue ( Pemungut Hasil ) and Magistrate Of Hulu Selangor” dan antara penjawatnya ialah Cecil Ranking dan Mac Carthy iaitu semasa Frank Sweettenham menjadi Residen British di Selangor. Pada mulanya pentadbiran daerah terletak di Kuala Kubu ( lama ) yang kini dikenali dengan nama “Ampang Pecah “. Pemindahan ke tempat pentadbiran yang baru pada 1 September 1930 seperti yang terdapat pada masa kini adalah kerana kawasan bandar lama tersebut terletak di kawasan yang rendah dan sering berlaku kejadian banjir besar.

Kini pentadbiran Daerah Hulu Selangor diterajui oleh Pegawai Daerah dengan dibantu oleh tiga (3) Ketua Penolong Pegawai Daerah bagi Perkhidmatan Teras 3 bahagian iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pembangunan dan Bahagian Pengurusan Tanah.



 


Kemaskini pada 2017-12-01 15:21:15 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page