DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Netizen 'berbalah' isu pakaian renang

Netizen 'berbalah' isu pakaian renang

Gambar pengunjung berpakaian renang yang dianggap mencolok mata di kolam air panas tular di media sosial.

BATANG KALI - Tular di media sosial gambar pengunjung wanita berpakaian renang yang disifatkan mencolok mata ketika mandi di Kolam Air Panas Hulu Tamu, dekat sini.

Gambar yang dimuat naik pelayar Facebook, Mazura Mohd Zain itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan nitizen.

Menurut Mazura, pengunjung yang berpakaian sedemikian disifatkan satu perbuatan memalukan di matanya memandangkan lokasi kolam air panas itu terletak di kawasan kampung.

Katanya, dia menyuarakan perkara tersebut kepada pengawal bertugas yang menyatakan pihak pengurusan tidak menyediakan papan tanda melarang berpakaian mencolok mata.

Di ruangan komen, seorang pelayar Facebook, Hashimah Hashim berkata, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) perlu meletakkan papan tanda larangan memakai pakaian renang sedemikian.

"Barulah orang kampung boleh tegur kalau berlaku benda-benda mcm ni.

"Pengunjung rasa tak salah, sebab itu memang pakaian yang biasa di kolam mandi," katanya.

Harry Firouz pula berkata, tiada kesalahan atau berkaitan kelucahan mahupun berbogel kerana individu berkenaan mengenakan pakaian renang.

Menurutnya, tanggapan pakaian itu mencolok mata adalah bergantung kepada cara pandangan seseorang.

"Jangan paksa orang bukan Muslim untuk praktis prinsip Muslim.

"Pengunjung yang berpakaian renang itu adalah bukan Muslim dan mereka tidak berbogel maka pakaian itu adalah baik di kolam," katanya.

Harry turut meminta agar kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di kolam air panas itu.


Kemaskini pada 2018-12-19 14:54:12 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page