DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Kambing ‘sado’ curi tumpuan

Kambing ‘sado’ curi tumpuan

Atan seberat 145 kilogram berkelakuan manja namun bergurau kasar

SUNGAI TENGI - Penternak kambing di empat tanah rancangan Felda mempamerkan ternakan terbaik mereka di Karnival Rakyat Felda Sungai Tengi, di sini.

Antara yang menjadi tumpuan adalah seekor kambing ‘sado’ seberat 145 kilogram bernama Atan apabila mempunyai saiz berganda daripada kambing biasa.

Penternak dari Felda Soeharto, Bahrin Masran@Rosli, 42, berkata, kambing baka Jamlo itu berusia tiga tahun lima bulan terkenal dengan kelakuan manja dan mudah didekati sesiapa sahaja.

“Saya beli pada usia enam bulan dengan harga RM2,500 daripada seorang rakan di Kuala Selangor dan masa usia dua tahun ada orang pernah tawar untuk beli Atan dengan harga RM20,000 tapi saya tak mahu jual kerana terlalu sayang.

“Setakat ini saya mempunyai 12 ekor kambing baka yang sama namun Atan paling istimewa kerana dia kambing pertama dan untuk dibuat baka. Atan ni boleh dikategorikan kambing ‘sado’ kerana saiz lebih besar selain kelakuan manja tapi cara bergurau kasar,” katanya.

Seorang penternak, Mamat Rasid Abdul Rahman, 43, dia menceburi bidang ternakan kambing tenusu sejak 15 tahun lalu kerana minat selain menambah pendapatan.

“Terdapat 30 kambing pelbagai baka yang diternak di Felda Soeharto dengan pengeluaran susu segar sebanyak 20 liter sehari. Penyertaan 13 penternak kambing di karnival ini sebagai promosi memperkenalkan ternakan kami kepada orang ramai,” katanya.

Seorang penternak dari Felda Sungai Tengi Selatan, Shamsul Nazri Hamidi, 30, berkata, dia mempamerkan kambing baka Kalahari yang memiliki ‘janggut’ lebat dan panjang.

Menurutnya, minat terhadap ternakan menyebabkan dia menceburi bidang itu sejak dua tahun lalu sebagai pendapatan sampingan.


Kemaskini pada 2018-12-03 08:39:18 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page