DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Pusda’i destinasi singgah baca al-Quran

Pusda’i destinasi singgah baca al-Quran

Program Quran Hour julung kali dianjurkan Pusda’i mendapat sambutan menggalakkan.

BATANG KALI - Pengurusan Pusat Pengajian dan Dakwah Islamiah Ar Raudhah Maghfirah (Pusda’i) Ulu Rening berhasrat menjadikan pusat tahfiz itu sebagai destinasi persinggahan membaca al-Quran kepada orang ramai.

Pengetua, Shamsul Mohd Nor berkata, Pusda’i yang beroperasi sejak setahun lalu menempatkan 50 pelajar berusia 13 tahun ke atas itu memiliki prasarana mencukupi bagi tujuan tersebut.

“Pusat tahfiz tersebut menubuhkan Rumah Ngaji yang turut menyediakan platform untuk orang ramai belajar mengaji secara percuma. Di belakang tahfiz ini juga ada sungai dan kita boleh adakan program mengaji di tepi sungai sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

“Alhamdulillah, hari ini kita berjaya laksanakan program Quran Hour pada bulan kelahiran Rasulullah SAW dengan kehadiran 400 tetamu termasuk masyarakat setempat. Kita berhasrat untuk jadikan program ini sebagai acara tetap dan sedia selalu menganjurkannya,” katanya di sini, semalam.

Program Rumah Ngaji itu dimulai dengan bacaan surah Al-Anbiya sehingga An-Nas dan Maulif Ad-Dibai sebelum forum bertajuk Buktikan Cinta Pada Rasulullah.

Tetamu kemudian mendirikan solat Zohor berjemaah dan jamuan makan tengah hari mengakhiri program tersebut.

Shamsul berkata, Pusda’i menawarkan pengajian sepenuh masa untuk hafalan al-Quran bagi pelajar berusia 13 hingga 17 tahun selain turut turut memberi peluang bekas pelajar tahfiz yang ingin menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Bekas tahfiz atau pelajar yang tidak menghabiskan pengajian tahfiz atau pun tidak menerima pendidikan formal adalah dialu-alukan mengikuti program Smart Tahfiz SPM Fast Track ini selama setahun.

“Ini memberi peluang kepada mereka memiliki sijil SPM bagi melanjutkan pelajaran ke universiti atau bekerja,” katanya.


Kemaskini pada 2018-11-26 07:53:48 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page