DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

'Bersihkan peniaga warga asing'

'Bersihkan peniaga warga asing'

Rodziah bersama usahawan yang menerima pembiayaan Dana Usahawan Mikro pada majlis tersebut.

BATANG KALI - Tapak perniagaan kecil di seluruh negeri ini akan 'dibersihkan' dari peniaga warga asing dalam tempoh tiga tahun.

Exco Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Selangor, Rodzian Ismail berkata, usaha tersebut bagi menjamin kepentingan peniaga tempatan.

 

Menurutnya, perbincangan ke arah tujuan itu dilakukan dua minggu lepas bagi meneliti aspek pelaksanaan.

"Apabila dilaksanakan kelak, ia memerlukan komitmen tinggi dari pihak berkuasa tempatan (PBT) selaku penguat kuasa. 

"Kini masih dalam peringkat perbincangan namun kita memberi perhatian serius dengan jangkaan ia dapat dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun ini dan mungkin kita meletakkan pegawai penguat kuasa seperti di pasar malam.

"Orang ramai juga boleh membantu dengan mengambil gambar mana-mana peniaga bukan warga negara tempatan dan lapor melalui aplikasi telefon pintar untuk tindakan segera dalam 24 jam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Jelajah Usahawan Selangor (Jus) Hulu Selangor di Oasis Street Mall, semalam.

Hadir sama, Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Raja Muzaffar Raja Redzwa, Adun Batang Kali, Harumaini Omar dan pegawai daerah, Mohd Fauzi Mohd Yatim.

Rodziah berkata, kerajaan negeri mewujudkan satu ekosistem perniagaan bagi meningkatkan produktiviti golongan usahawan dengan sejumlah suntikan dana.

Menurutnya, seramai 10 usahawan negeri ini bakal disenaraikan dalam perniagaan e-dagang terkemuka dunia, Alibaba.com sekali gus membuktikan kejayaan tersebut.

"Dalam Belanjawan Selangor 2019, peruntukan untuk pembangunan usahawan tidak banyak berubah malah ditambah lagi dengan beberapa program," katanya.


Kemaskini pada 2018-11-26 07:52:42 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page