DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Melukis sebagai terapi

Melukis sebagai terapi

Jailani menerima kunjungan ziarah Adun Batang Kali, Harumaini Omar di rumahnya di Serendah
 

SERENDAH - Disahkan menghidap kanser usus tahap empat sejak dua tahun lalu namun tidak melunturkan semangat seorang pesara kerajaan untuk meneruskan kehidupan seperti insan lain.

Bapa tiga anak, Jailani Abdul Rahman, 60, berkata, dia dahulu kerja di Pejabat Hutan Rawang namun terpaksa mena­matkan perkhidmatan awal pada usia 50 tahun berikutan tahap kesihatan yang tidak menentu.

Menurutnya, pada awal 2016, dia membuat pemeriksaan di Hospital Selayang kerana sakit di bahagian perut sebelum disahkan menghidap kanser usus tahap empat.

“Dalam tempoh kurang setahun, berat badan asal 108kg susut kepada 60kg namun kesihatan bertambah baik.

“Sakit itu tetap ada.. cuma berselang hari dan ramai kawan sekolah yang datang ziarah beri kata semangat dan nasihatkan supaya terus melukis sebagai salah satu bentuk terapi.

“Memang betul... bila melukis, fikiran saya lebih fokus kepada melukis dan tidak terlalu memikirkan mengenai sakit kanser yang saya alami,” katanya.

Jailani berkata, dia tinggal bersama isteri dan seorang cucu dengan bergantung kepada wang pencen RM700 sebulan namun RM400 dipotong untuk pinjaman rumah.

Menurutnya, terdapat beberapa lukisan dijual kepada orang ramai sebagai pendapatan sampingan bagi menampung perbelanjaan harian.Berat badan Jailani turun dari 108kg kepada 60kg selepas disahkan menghidap kanser usus tahap empat.


Kemaskini pada 2018-08-27 08:12:05 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page