DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Soalan Lazim - Unit Perkhidmatan


SOALAN LAZIM - UNIT PERKHIDMATAN



PERKARA 1 : PERMOHONAN KEBENARAN LAWATAN PERSENDIRIAN KE LUAR NEGARA.

Soalan : Apakah tindakan yang boleh diambil jika didapati pegawai dan kakitangan sering lewat kurang 
daripada 2 minggu mengemukakan
permohonan kebenaran Lawatan Persendirian ke luar Negara?
        

Jawapan :Kelulusan hanya diberikan kepada permohonan yang dikemukakan sebelum tarikh pegawai ke luar Negara. Manakala bagi permohonan
yang diterima selepas daripada tarikh pegawai ke luar Negara tidak akan diberikan kelulusan. 
Oleh yang demikian, pegawai perlu bertanggungjawab
sepenuhnya semasa tempoh lawatan ke luar Negara berkenaan (terutamanya bagi lawatan yang tidak mendapat kelulusan awal).

PERKARA 2 : PERLETAKAN JAWATAN / PELEPASAN DENGAN IZIN.

Soalan : Apakah kesan jika seorang pegawai yang telah menjawat jawatan dalam skim perkhidmatan yang sama tanpa mendapat kelulusan
pelepasan jawatan yang lama dengan izin oleh jabatan yang asal?
         

Jawapan: Pelepasan Dengan Izin membenarkan seseorang pegawai meninggalkan jawatan terdahulu dan membolehkan tempoh perkhidmatan
terdahulu diambilkira bagi tujuan perkiraan faedah persaraan. Tanpa kelulusan Pelepasan Dengan Izin, 
perkhidmatan pegawai dengan kerajaan
akan terputus dan tempoh perkhidmatan pegawai di jawatan terdahulu tidak boleh diambil kira untuk tujuan perkiraan faedah persaraan.



PERKARA 3 : KAKITANGAN KONTRAK PEMBANTU PENGUATKUASA GRED N17 YANG TIDAK MEMPUNYAI SIJIL
PELAJARAN MALAYSIA (SPM)


Apakah status penyambungan kontrak bagi kakitangan kontrak Pembantu Penguatkuasa 
Gred N17 yang tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)?

Pegawai dilantik tidak mengikut syarat skim perkhidmatan. Oleh itu, permohonan pelanjutan kontrak tidak boleh diluluskan.


PERKARA 4 : CUTI

A) CUTI SAKIT


1) Bagaimana sekiranya cuti sakit seseorang itu sebanyak 90 hari adalah di 3 jabatan berbeza? Ketua Jabatan yang mana patut
    memberi kelulusan cuti sakit 90 hari tersebut?
Bagi kes yang demikian, kelulusan Cuti Sakit boleh diberikan oleh Ketua Jabatan
    terkini yang mengambil maklum berkaitan pemasalahan kesihatan pegawai (90 hari yang pertama).

 

2) Bagaimana sekiranya pegawai yang telah mendapat cuti sakit yang mana jumlahnya adalah melebihi 100 hari tetapi telah hadir bertugas
    pada hari ke-91 (di jabatan baru) kerana dirasakan telah sihat untuk menjalankan tugas, adakah cuti sakit itu terbatal untuk dimohon cuti sakit
    lanjutan, dan bolehkah pentadbiran di jabatan baru meminda rekod cuti sakit yang telah dicatit didalam buku perkhidmatan pegawai terbabit?


Pegawai boleh kembali menjalankan tugas sekiranya pegawai perubatan kerajaan mengesahkan bahawa pegawai sihat untuk menjalankan tugas.
Rekod cuti yang telah dicatakan di dalam BRP boleh dikemas kini berdasarkan dokumen yang sah.

3)  a) Bagaimana kelulusan cuti sakit barah mengikut prosuder yang sebenarnya?

        Kelulusan 12 bulan pertama adalah di bawah bidang kuasa Ketua Jabatan. Manakala bagi  kelulusan 12 bulan kedua dan berikutnya
        adalah dibawah bidang kuasa Ketua Perkhidmatan.



      b) Adakah perlu dimulakan dengan permohonan pesakit kepada Ketua Jabatan atau cukup dengan perakuan doktor?

        Pemakluman cuti sakit barah hendaklah melalui permohonan daripada Ketua Unit / Cawangan / Bahagian dengan
        disertakan perakuan doktor.

 
B) CUTI GANTIAN.

Bagaimana cara pelaksanaan cuti gantian yang dibenarkan? Adakah semua aktiviti jabatan di luar waktu bekerja dibenarkan
membuat tuntutan elaun lebih masa atau cuti gantian? Siapa yang layak membuat tuntutan cuti gantian?

Cuti Gantian boleh dipertimbangkan sekiranya :

1) Diarah bertugas lebih masa hari bekerja biasa, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan;

2) Tidak layak bayarran lebih masa atau sebarang bayaran khas lain;

3) Kelulusan Ketua Jabatan diperolehi;

4) Bekerja selama 9 jam berterusan (bersamaan 1 hari Cuti Gantian); dan

5) Diambil dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kelulusan.

 

C) CUTI SAKIT PEGAWAI KONTRAK.

Bagaimana pengiraan bagi bayaran balik emolument pegawai kontrak bagi tempoh melebihi 15 hari cuti sakit iaitu adakah hari Sabtu,
Ahad dan cuti umum
diambil kira dalam pengiraan atau tidak?

Pegawai Kontrak layak diberi kemudhan cuti sakit tidak melebihi 15 hari setahun. Sekiranya tempoh tersebut telah habis digunakan tetapi
pegawai masih
memerlukan masa untuk pulih. Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan pegawai untuk tidak hadir bertugas atas
sebab-sebab kesihatan tidak melebihi 75
hari setahun dengan syarat pegawai mengemukan sijil sakit yang dikeluarkan oleh pengamal
perubatan / pergigian berdaftar. Walau bagaimanapun, pegawai
tidak layak dibayar sebarang emolumen bagi tempoh tersebut dan
tempoh perkhidmatan itu juga tidak diambil kira untuk tujuan pembayaran ganjaran.
Pengiraan bagi bayaran balik adalah berdasarkan
hari bekerja sahaja tidak termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum.

 


Kemaskini pada 2019-05-14 09:56:38 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page