DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Rezeki murah dalam kebun

Rezeki murah dalam kebun getah

Terdapat 100 pokok getah yang ditanam Hasan sejak mendiami kawasan tersebut.
 

HULU BERNAM - “Saya suka duduk di pondok ini sebab kat sini ‘mewah’, tak putus makan,” kata Hasan Yeop, 80, yang tinggal di dalam kebun getah di Kampung Alah Batu dekat Ladang Lima Belas sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Hasan turut ditemani isteri kedua (isteri pertama meninggal dunia) dengan menghuni sebuah pondok diperbuat daripada kayu dan buluh tanpa bekalan air bersih dan elektrik.

Difahamkan kebun getah di tepi Sungai Bernam itu diusahakan atas tanah hak milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang diteroka sejak 1948.

Kebun getah berkenaan terletak bersempadan dengan kawasan ladang sawit milik syarikat persendirian.

Hasan berkata, bapanya dahulu merupakan pekerja di ladang sawit tersebut dan dia meneroka tanah terbabit bersama seorang rakan dengan tanaman getah serta membina sebuah pondok.

Menurutnya, dia memilih untuk menetap di situ agar dapat menjalani kehidupan lebih baik dan selesa tanpa perlu bekerja di luar.

Hasan turut menanam pokok buah untuk keperluan sendiri selain getah sebagai sumber pendapatan.

“Mula-mula dulu saya tanam getah sebanyak 100 pokok dan tebu, hasil jualan inilah saya menyara hidup.

“Perkahwinan dengan isteri pertama ada dua orang anak tapi semuanya sudah meninggal dunia sebelum berkahwin lain.

“Sekarang saya berdua dengan isteri tinggal kat pondok ini tapi kami bahagia sebab makanan tak putus, nak makan durian pun banyak,” katanya.

Hasan berkata, seorang adik perempuannya tinggal berdekatan dan sering datang menjenguk bersama suami serta anak untuk bertanya khabar atau membawa makanan.

Menurutnya, dia menerima bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) sebanyak RM300 dan RM250 sebulan serta barang dapur daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Dulu saya jual air tebu tapi nasib tidak baik, jari terkena mesin tebu.. hilang tiga jari, itu yang jadi OKU sampai sekarang,”katanya ketika menerima kunjungan Penyelaras Pusat Peduli Rakyat (PPR) Dun Hulu Bernam, Mohd Amran Sakir, semalam.

Hasan juga menghadapi masalah salur kencing dan terpaksa menggunakan tiub dan beg urinari.

Masak guna kayu api

Isterinya, Shariah Anjak Ahmad, 73, kehidupan Hasan yang tinggal di pondok dalam kebun getah itu bukan halangan untuk mereka mendirikan rumah tangga bersama pada 1993.

“Kat pondok ni tak ada elektrik, jadi waktu malam hanya pakai lampu minyak tanah dan masak pun guna kayu api .

“Tinggal rumah kejap pergi ke bandar (Slim River)bila balik, mesti ada barang hilang.. tak pun getah beku kena curi.

“Air paip tak ada, cuma ambil air dari telaga di belakang rumah tapi bersih boleh buat mandi,”katanya.

Shariah yang menghidap sakit kencing manis dan jatung itu berkata, mereka menggunakan kelambu pada saktu malam bagi mengelak gigitan nyamuk.

Sementara itu, Rakiah Yeop Ahmad, 63, yang juga adik bongsu kepada Hasan berkata, dia berharap ada pihak yang sudi membantu dengan menyumbang pam air atau jana kuasa kecil untuk pasangan suami isteri tersebut.

“Saya memang selalu datang lawat mereka berdua sebab tinggal berdekatan.

“Mereka gembira dan tidak pernah rasa terabai malah cukup makanan.

“Anak saya beri sebuah kereta kancil untuk kegunaan Hasan ke hospital atau membeli barang di Slim River,” katanya.


Kemaskini pada 2018-07-23 08:17:13 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page