1. Bayaran hasil tanah hendaklah dijelaskan sebelum 1hb. Jun setiap tahun. Jika tidak dijelaskan pada tarikh tersebut Notis Tuntutan Akhir (Notis 6A) boleh dikeluarkan dan sekiranya tidak dijelaskan dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh Notis tersebut maka tindakan merampas tanah ini di bawah Seksyen 100 kanun Tanah Negara boleh diambil.
2.Bayaran Cukai Tanah (Quit Rent) boleh dibuat di mana-mana lokasi berikut : | ||||||
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
(Sila pilih agensi pembayar : Pejabat Pengarah Tanah & Galian Selangor atau Pejabat Tanah & Galian Selangor)
3. Pembayaran melalui Cek/Kiriman Wang/Wang Pos/Bank Draf hendaklah diatas nama BENDAHARI NEGERI SELANGOR dan dipalang AKAUN PENERIMA SAHAJAÂÂ. Sila catitkan Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat Pembayar serta Maklumat Pengenalan Hakmilik di muka belakang Cek/Kiriman Wang/Wang Pos/Bank Draf. Pembayaran juga diterima melalui Kad Kredit/Debit. Pembayaran ini hanya boleh dibuat di mana-mana Pejabat Tanah di Selangor sahaja.
4. Ketika membayar hasil tanah, bil ini hendaklah disertakan bersama-sama.
5. Akaun terimaan wang akan dicetak dengan mesin penerimaan wang pejabat tersebut dan jika tidak bercetak demikian maka pembayaran tidak diakui sah.
6. Denda lewat akan dikenakan jika pembayaran dibuat selepas 31hb. Mei setiap tahun.
KADAR DENDA LEWAT |
|
KADAR | DENDA DIKENAKAN |
RM10.00 dan kurang | RM1.00 |
RM10.01 - RM50.00 | RM2.00 |
RM50.01 - RM100.00 | RM5.00 |
Lebih daripada RM100.00 | 7% daripada Jumlah Perlu Dibayar |
7. Bagi kes pembayaran cukai tanah melalui cek dan e-payment, semua urusniaga tanah di kaunter tidak dapat diproses sehingga bayaran tersebut diakui sah oleh pihak Bank.
Kemaskini pada 2016-11-10 10:41:25 daripada Vox Administrator