DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

70 premis diperiksa di Hulu Selangor

70 premis diperiksa di Hulu Selangor

Pemeriksaan dilakukan dipremis perniagaan sekitar Hulu Selangor dan Rawang

HULU SELANGOR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengggunaan (KPDNKK) melakukan pemeriksaan Operasi Zero ke atas 70 premis sekitar Hulu Selangor dan Rawang, semalam.

Operasi dilakukan bagi pemeriksaan harga semasa selepas kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) dari enam peratus diturunkan kepada kosong peratus.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah Cawangan Kuala Kubu Bharu, Ahmad Zambri Che Long berkata, kadar penurunan GST itu berkuat kuasa 1 Jun 2018 dan perlu dipatuhi oleh semua premis perniagaan.

Menurutnya, pemantauan dan pemeriksaan didapati kebanyakkan peniaga mematuhi arahan kerajaan.

“Lebih 1,800 jenis barangan diperiksa tetapi ada juga beberapa peniaga yang tidak sempat mengemas kini tanda harga.

“Namun harga pada mesin di kaunter bayaran adalah bertepatan dengan berkadar kosong peratus GST.

“Mengubah harga pada sistem adalah mudah berbanding tanda harga pada jualan dan peniaga terbabit berjanji akan melengkapkan tanda harga pada hari ini (semalam) juga,”katanya.

Ahmad Zambri berkata, pihak KPDNKK menyarankan agar pengguna menyalurkan maklumat kepada agensi itu sekiranya terdapat peniaga yang degil atau enggan mematahui arahan kadar GST ditetapkan kerajaan.


Kemaskini pada 2018-06-19 09:25:40 daripada eifa

  •  
  • Print
  • Email this page