DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Hasnirayani cekal jadi ketua keluarga

Hasnirayani cekal jadi ketua keluarga

Kesihatan Asmawi semakin tidak menentu akibat menghidap kanser hati sejak empat bulan lalu.

BUKIT BERUNTUNG - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Seorang isteri yang perlu menjaga suami dan bapa mentua yang sakit dan pada masa yang sama perlu membesarkan empat orang anak bukanlah perkara mudah.

Namun bagi Hasnirayani Ab Hamid, 34, segala yang terjadi dianggap ujian dari ALLAH yang perlu ditempuh dengan sabar.

“Saya buat kuih dan minta tolong kawan yang  berniaga di bazar Ramadan jualkan,”katanya.

Suaminya, Asmawi Abas, 42, yang disahkan menghidap kanser sejak empat bulan terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu lori berikutan tahap kesihatan semakin merosot.

Hasnirayani berkata, tiga anak masih bersekolah manakala anak bongsu berusia lima tahun dan kedua ibu bapa mertua masing-masing berudia 65 tahun tinggal bersama mereka di Apartmen Dahlia.

Menurutnya, bapa mertua menghidap strok bahagian belakang badan sejak tujuh tahun lalu dan kini hilang upaya bergerak.

“Bapa mertua saya ada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jadi saya tidak risau mengenai keperluan mereka.

“Alhamdulillah suami sudah dapat bantuan bulanan dari zakat sebanyak RM300 sejak bulan lepas dan wang ini menjadi sumber utama bagi menampung saya, suami dan empat anak.

“Segalanya sudah berubah namun saya reda dan sempena Ramadan ini, saya buat kuih untuk tampung perbelanjaan,”katanya ketika menerima kunjungan ziarah Pertubuhan Kebajikan Dato’ Roslee Jamaluddin (PKDRJ) di rumahnya, kelmarin.

Hadir sama, penaung PKDRJ, Datuk Roslee Jamaluddin dan isteri, Datin Norsham Md Jani.

Hasnirayani berkata, ketiadaan tilam khas menyebabkan kulit belakang badan bapa mertuanya mengalami kemelecetan apabila terpaksa terbaring sepanjang hari.

Menurutnya, dia memerlukan sokongan bagi memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga agar masa depan anak tidak terabai.

“Keperluan hari raya untuk anak-anak, saya akan cuba usahakan kerana keperluan makan minum dan persekolahan mereka adalah lebih penting.

“Saya tidak tahu macam mana keadaan masa akan datang memandangkan saya juga tidak boleh bekerja kerana perlu beri perhatian kepada suami dan ibu bapa mertua.

“Memang buntu tak tahu nak buat apa tapi saya akan cuba sedaya mungkin,”katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui nombor akaun RHB Bank 1-14183-00136 886 atas nama Asmawi.


Kemaskini pada 2018-05-21 07:49:38 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page