DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Api misteri: 10 terlibat dirikan solat hajat, baca Yasin

Api misteri: 10 terlibat dirikan solat hajat, baca Yasin

Rumah pemulihan bekas penagih dadah itu dibelenggu kejadian kebakaran barang rumah secara misteri sejak 28 Januari lalu
 

BUKIT BERUNTUNG - Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa) menjadi pengamal perubatan yang ke-10 tampil membantu menyelesaikan kejadian api misteri yang berlaku di Rumah Teduhan Kasih Bukit Beruntung.

Perawat Darussyifa Rawang, Kamaruzaman Awang berkata, seramai 10 orang terlibat dengan mendirikan solat hajat diikuti dengan bacaan  Yasin, zikir dan doa.

“Kemudian kami melakukan rawatan di sekitar kawasan Rumah Teduhan Kasih di dalam dan luar rumah yang dipercayai mengalami gangguan makhluk halus.

“Air bacaan Yasin dan garam serta lada hitam digunakan untuk direnjis dan ditaburkan di sekeliling kawasan rumah,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Projek Rumah Teduhan Kasih Bukit Beruntung, Tony Adam Mohd Amin berkata, prosedur rawatan tersebut turut disertai seramai 18 penghuni Rumah Teduhan Kasih termasuk kakitangan.

Katanya, berikutan baki daripada 45 penghuni dipindahkan ke Sungai Buloh buat sementara waktu ekoran kejadian misteri yang berlaku.

“Mereka (Darussyifa) menjalankan prosedur ‘memagar’ kawasan rumah.

“Tidak dinyatakan apakah atau punca yang berlaku, tapi mereka mengakui kehadiran ‘sesuatu’,” katanya.


Kemaskini pada 2018-02-12 07:53:37 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page