DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Tanam bunga cegah serangga

Tanam bunga cegah serangga

Rusiah turut menanam pokok bunga air mata pengantin di kediamannya yang dipercayai kaya dengan sumber makanan untuk serangga.
 

HULU BERNAM - Pengalaman ladang sawit diserang ulat bungkus suatu ketika dulu mendorong peneroka Felda Sungau Tengi Selatan mengambil inisiatif menanam tiga jenis pokok bunga di rumah dan jalan utama sebagai langkah pencegahan.

Pokok bunga Air Mata Pengantin, Lidah Kucing dan Gelenggang dipercayai mampu mengelak serangga perosak menjadikan daun sawit sebagai sumber makanan apabila lebih tertarik pada bunga tersebut.

Pengerusi Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Sungai Tengi Selatan, Rusiah Imbran berkata, usaha tersebut dilakukan hasil cadangan seorang anak peneroka tanah rancangan itu yang kini berkhidmat sebagai pengarah Felcra di Sarawak

 

 

 
 

Menurutnya, kerja penanaman dilaksanakan secara gotong-royong di bahu jalan berdekatan ladang sawit dan rumah peneroka sejak tahun lepas.

“Serangan serangga perosak terutama ulat bungkus di ladang sawit cukup digeruni kerana mampu membiak dan memusnahkan pokok sawit dengan cepat.

“Ladang di sini pernah kena serangan satu ketika dulu dan mengambil masa untuk pulih dengan kos tinggi apabila Felda terpaksa mengeluarkan belanja menyuntik setiap pokok.

“Maka kami mencuba tanam tiga pokok bunga ini sebagai pencegahan dan mengurangkan risiko serangan kerana bunga ini mempunyai banyak sumber makanan kepada serangga termasuk lebah kelulut,” katanya.

Rusiah berkata, peneroka turut digalakkan untuk menanam pokok bunga itu di halaman rumah masing-masing bagi menyokong usaha tersebut.

Menurutnya, serangan ulat bungkus mengakibatkan pokok sawit kurang produktif yang akan menjejaskan pendapatan peneroka.

“Walaupun, tiada jaminan seratus peratus tetapi tiga pokok bunga boleh dianggap perisai mengelak serangan ulat bungkus,” katanya.


Kemaskini pada 2018-01-16 13:15:28 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page