DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Impian bantu ubah nasib keluarga

Impian bantu ubah nasib keluarga

Roslee menyampaikan sumbangan kepada Nasyrah dan pelajar lain yang menamatkan kelas tuisyen di bawah Zakat Selangor.

HULU SELANGOR - “Sebagai kakak, saya akan bantu dua adik dan ubah nasib keluarga,” kata seorang pelajar tingkatan lima, Nurul Nasyrah Mohd Hanif, 17.

Nasyrah yang baru sahaja menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan golongan asnaf yang mengikuti Kelas Tuisyen Intensif SPM di bawah Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) di Pusat Latihan Asnaf Hulu Yam.

Bapanya meninggal dunia ketika dia berusia tujuh tahun sebelum tinggal bersama bapa saudara di Hulu Yam manakala dua adiknya menghuni rumah kebajikan Baitul Hasanah di Klang.

Menurutnya, dia meminati bidang perniagaan kosmetik dan fotografi dengan berhasrat mahu membuka sebuah studio sebagai sumber pendapatan.

“Saya kurang cemerlang dalam pencubaan SPM namun saya berusaha melakukan yang terbaik pada peperiksaan sebenar.

 

“Sebagai kakak dari tiga beradik, saya perlu  bantu keluarga selain membantu ibu yang sudah berusia 50 tahun walaupun sudah berkahwin lain,” katanya pada penyampaian sumbangan kepada pelajar asnaf, di sini.

Sumbangan disalurkan Pertubuhan Kebajikan, Datuk Roslee Jamaludin yang disampaikan pengerusinya, Datuk Roslee Jamaludin.

Roslee berkata, pertubuhan tersebut menawarkan bantuan kepada pelajar asnaf dengan pemberian wang pendahuluan bagi melanjutkan pelajaran ke universiti.

Katanya, pelajar kelas tusiyen intensif itu layak mengikuti kelas bahasa Inggeris bagi menguasai bahasa tersebut dalam tempoh selama tiga bula


Kemaskini pada 2017-12-12 13:20:37 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page