DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

'Bila-bila masa boleh runtuh'

‘Bila-bila masa boleh runtuh’

Hisham (kanan) mendengar luahan Rumizah mengenai keadaan rumahnya yang uzur.
 

SUNGAI BUAYA - Seorang ibu tunggal berharap rumah baharu yang dijanjikan sempena Program Kerajaan Prihatin di bawah Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2017 segera dibina.  

Rumizah Samingan, 49, berkata, dia bimbang berikutan keadaan kediamannya kini terlalu uzur.   

“Bila hujan lebat, air mesti naik kat dapur...kat bahagian tingkat atas pula, makcik tak berani nak guna sebab keadaan dinding rumah sudah reput dan kalau tengok keadaannya memang bila-bila masa boleh runtuh.

“Makcik sebenarnya tak adalah nak minta-minta...tapi kalau ada pihak datang bagi surat tawaran untuk bina rumah, makcik bersyukurlah. Dan harap rumah yang dijanjikan dapat segera dibina,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Jalan Tanah Raja, Sungai Buaya.

Menurutnya, dia tinggal bersama anak perempuan tunggal berumur 20 tahun dan seorang adik lelaki yang bekerja di sebuah kilang di Banting.

“Makcik memang tak ada pendapatan tetap, nasib ada tempat berteduh di rumah pusaka ni, cuma makcik bergantung pada hasil kelapa sawit di kawasan rumah makcik yang mencecah sekitar RM200 sebulan.

“Bila mengenangkan keadaan rumah makcik ni, makcik sedihlah..sebab tak ada duit nak baiki.

“Sebenarnya ada juga pihak lain datang nak bantu bina rumah, bila makcik tunjukkan surat tawaran yang makcik terima, agak sukar untuk pihak tersebut tunaikan permintaan makcik,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras Kanan Kemas Kuala Langat, Hisham Abd Talib berkata, pihaknya beberapa kali mengunjungi rumah Rumizah bagi menyampaikan sumbangan sekali gus pernah mencadangkan namanya sebagai penerima bantuan rumah namun terpaksa ditukar kepada penerima lain, apabila mendapat maklumat Rumizah telah menerima tawaran bantuan rumah di bawah program itu.

Menurutnya, sekiranya pembinaan rumah tersebut benar, beliau berharap pihak berkenaan segera membina rumah tersebut secepat mungkin memandangkan keadaan rumah Rumizah terlalu uzur.

“Bagaimanapun, kita juga bercadang melakukan aktiviti gotong-royong sekiranya tiada apa-apa juga tindakan daripada pihak berkenaan mengenai pembinaan rumah baru yang dijanjikan.

“Saya sendiri bersama wakil Kemas hadir bagi melihat keadaan rumah, dan saya rasa ia perlu diberi perhatian segera,” katanya.

Dalam pada itu, Penolong Pegawai Daerah Kuala Langat Bahagian Pembangunan Pejabat Daerah/Tanah, Md Hasrul Faiz Borhanuddin berkata, bagi Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan sebanyak lapan rumah untuk dibaik pulih yang memperuntukkan sebanyak RM153,150 dan masih di dalam proses pelaksanaan.

Manakala, peruntukan sejumlah RM350,000 diluluskan untuk pembinaan tujuh rumah baharu termasuk rumah Rumizah dan kerja-kerja pembinaan dijangka akan dimulakan Januari 2018.


Kemaskini pada 2017-11-06 07:53:54 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page