DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Penunggang motosikal kuasa tinggi maut

Penunggang motosikal kuasa tinggi maut
Motosikal milik mangsa yang terlibat kemalangan di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, pagi tadi.


HULU SELANGOR - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terlibat kemalangan jalan raya di KM 44.5 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh di sini, pagi tadi.Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superitendan Lim Bak Phai berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.45 pagi. Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Muhammad Nur Syazwan Mohd Zamri, 21.“Mangsa yang menunggang motosikal telah memotong sebuah lori lalu sebelum masuk laluan bertentangan dan berlanggar dengan sebuah kereta dari hadapan.

“Akibat kemalangan ini,  mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan cedera parah di bahagian kepala,” katanya.Bak Phai berkata, kedua-dua pemandu dan penumpang kereta berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.


Kemaskini pada 2017-10-01 11:56:14 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page