DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Penguatkuasa AADK ditikam penagih dadah ketika operasi

Penguatkuasa AADK ditikam penagih dadah ketika operasi

Fauzi menziarahi Baharuddin yang menerima rawatan di Hospital Selayang sebelum dibenarkan pulang petang tadi.
 

HULU SELANGOR - Seorang penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Hulu Selangor menerima 11 jahitan di tepi ketiak kiri akibat ditikam ketika melakukan serbuan di sebuah rumah di Kampung Kuantan, Batang kali, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa, Baharuddin Abdullah, 32, mengalami kecederaan tersebut apabila terkena tikaman pisau lipat selepas bergelut dengan seorang suspek disyaki penagih dadah.

Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Hulu Selangor, Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, mangsa yang juga penguatkuasa AADK daerah menjalankan Ops Perdana bersama anggota lain bermula jam 11 malam hari kejadian.

Menurutnya, serbuan dilakukan ke atas rumah berkenaan yang terdapat dua lelaki disyaki penagih dadah.

"Mangsa berada di pintu belakang dan cuba menangkap salah seorang suspek cuba melarikan diri sebelum berlaku pergelutan.

"Suspek yang bertindak menghunuskan pisau lipat menikam bahagian tepi ketiak kiri mangsa yang difahamkan sudah 11 tahun berkhidmat dengan AADK Hulu Selangor.

"Mangsa menerima rawatan di Hospital Selayang dengan 11 jahitan dan dibenarkan pulang petang tadi," katanya.

Fauzi berkata, suspek disyaki penagih dadah itu berjaya diberkas dan pernah ditangkap dalam serbuan sebelum ini atas kesalahan sama.

Menurutnya, kecederaan ketika melakukan operasi merupakan kali pertama dialami mangsa namun kejadian seumpana itu adalah lumrah kepada anggota penguatkuasa AADK.

"Saya berharap agar anggota AADK turut dibekalkan dengan senjata dan jaket keselamatan ketika operasi terutama pada waktu malam,"katanya.


Kemaskini pada 2017-09-28 08:04:14 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page