DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Jumpa bayi dalam raga motorsikal

BAYI lelaki yang masih bertali pusat ditemui depan rumah penduduk di Kampung Orang Asli Hulu Melaka, Serendah, Kuala Kubu Bharu, kira-kira 8 pagi Ahad.

Bayi itu dipercayai baru dilahirkan ketika dijumpai pemilik rumah berkenaan dalam raga motosikal.

 

Bagaimanapun, motosikal itu dikatakan bukan milik tuan rumah yang menemui bayi berkenaan dan siasatan terhadap kenderaan masih dilakukan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bhak Pai, berkata pemeriksaan mendapati bayi itu bernyawa dan segera dihantar ke Hospital Selayang.“Susulan itu, polis membuat tangkapan ke atas wanita 25 tahun yang mengaku ibu kepada bayi itu. Suspek bersama suaminya menetap di desa yang sama," katanya, malam tadi.“Siasatan lanjut masih dijalankan ke atas suspek wanita berkenaan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 September 2017 @ 11:36 PM

Kemaskini pada 2017-09-05 08:28:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page