DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Satu maut, lima parah

 

LELAKI maut manakala lima lagi parah apabila Proton Wira dan Nissan Almera dinaiki mereka bertembung di Jalan Batang Kali-Genting Highlands berdekatan Kampung Songkok, Batang Kali, 3 pagi tadi.

Kemalangan di selekoh selepas Jambatan Sungai Pinang itu dipercayai berlaku kegagalan cubaan memotong satu daripada kenderaan terbabit.

 

Difahamkan, Almera dinaiki empat mangsa dalam perjalanan dari arah Genting Highlands manakala Wira dinaiki lelaki dan perempuan dari arah Batang Kali.

 

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Pegawai Bomba Kanan II Rosdi Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.08 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Bagaimanapun, ketika bomba sampai kesemua mangsa dikeluarkan oleh orang awam.

"Seorang lelaki dipercayai pemandu Proton Wira maut di tempat kejadian dan anggota bomba memberi rawatan awal kepada mangsa lain yang cedera sebelum dibawa ke hospital," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Saiful Mohd Hashim, 32, dari Kampung Hulu Rening, Batang Kali.

"Identiti mangsa lain sedang dikenal pasti dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat," katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Ogos 2017 @ 11:56 AM

Kemaskini pada 2017-08-28 07:51:51 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page