DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Jumpa di Buloh Telur

LELAKI Mesir yang sesat di Bukit Kutu, petang semalam, ditemui selamat 1.09 petang, hari ini.

Dia ditemui di Kampung Buloh Telur, Kuala Kubu Bharu, kira-kira enam kilometer dari lokasi dia dilaporkan sesat.

Elsayigh Osama Ashraf Wagdy Hassan, 20, sesat selepas mendaki Bukit Kutu bersendirian sebelum menghantar mesej 'saya sesat' kepada orang yang dikenalinya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Kamil Hamadan, berkata berdasarkan maklumat itu sepasukan anggota bomba dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memulakan pencarian.

 

"Pencarian bermula 10.15 malam tadi, sehingga ke kawasan berhampiran puncak Bukit Kutu iaitu pada jarak lima kilometer pendakian namun gagal menemui mangsa.

"Pada 7.57 pagi Sabtu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menghubungi mangsa yang menghantar lokasi terkini iaitu di Buloh Telur.

"Pasukan SAR kemudian menemuinya dan selamat dibawa ke kaki bukit pada 4.30 petang," katanya.

Menurutnya, mangsa tiba di negara ini untuk melancong, 28 Jun lalu, sebelum mendaki Bukit Kutu, petang semalam.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Julai 2017 @ 8:47 PM

Kemaskini pada 2017-07-19 09:31:53 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page