DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Tak serik terbabit jenayah

DUA lelaki berusia 26 dan 28 tahun ditangkap bersama beberapa paket heroin dalam serbuan di Pangsapuri Semarak, Bukit Beruntung, petang kelmarin.

Dadah seberat 1.25 gram bernilai RM25,000 itu ditemui dalam beg yang dibawa seorang suspek yang baru keluar dari rumah di tingkat satu pangsapuri terbabit.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Supramaniam berkata, pemeriksaan lanjut di rumah itu, polis menemui satu alat penimbang, wang tunai RM230 serta tiga telefon bimbit.

"Lelaki berusia 28 tahun itu mempunyai rekod lampau bersabit kes mengedar dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan satu kes memiliki dadah dan sudah dituduh di mahkamah.

 

"Lelaki kedua turut mempunyai satu rekod lampau membabitkan kes merusuh mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula 31 Mei lalu untuk siasatan lanjut.

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2017 @ 3:43 PM

Kemaskini pada 2017-06-06 17:21:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page