DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Sultan Selangor Masjid Sungai Tengi

Sultan Selangor
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (lima, kiri) berkenan menunaikan solat Maghrib selepas penyampaian sumbangan Aidilfitri pada Majlis Ihya' Ramadan dan Sumbangan Hari Raya di Masjid Sungai Tengi malam ini. - Foto Bernama

 

KUALA KUBU BHARU - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan Masjid Sungai Tengi di sini.

Baginda turut berbuka puasa bersama  penduduk dan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.

Masjid yang dibina pada 22 Oktober 2012 itu siap sepenuhnya pada 12 Disember 2014 yang ruang solatnya boleh menampung 1,200 jemaah.

 

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Haris Kasim dan Pegawai Daerah Hulu Selangor Mohd Fauzi Mohd Yatim.

Baginda Sultan turut menyampaikan sumbangan zakat sempena Aidilfitri kepada 237 fakir miskin serta 134 mualaf yang masing-masing menerima RM500.

Kerajaan negeri Selangor pula menyampaikan peruntukan khas kepada Masjid Sungai Tengi berjumlah RM10,000 serta bantuan kepada Sekolah Rendah Agama Bandar Utama, Batang Kali dan Surau An Naim, Taman Idaman, Serendah yang masing-masing menerima RM30,000.

Surau Al Makmur, Taman Serendah pula menerima RM38,800, Surau Al Ikhwan, Taman Tasik Teratai RM50,000, Surau Hidayatul Mustaqim, Taman Melati RM20,000 dan Surau At Taqwa, Desa Melur RM15,000. - Bernama


Kemaskini pada 2017-06-06 17:21:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page