DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Seorang Maut,tiga cedera

Kuala Kubu Bharu: Seorang maut manakala tiga lagi cedera selepas Proton Saga dinaiki terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 425.5 Lebuhraya Utara Selatan, Bukit Tagar, dekat sini, jam 10 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Kamil Hamadan berkata, tiga yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh manakala mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

 

"Mangsa yang maut dikenali sebagai Jinowin Kiking berusia 26 tahun.

"Dua mangsa yang cedera ialah Muhamad Hafizi Zakaria, 23, berasal dari Pahang dan Muhammad Asyraf Awang, 26, dari Kelantan," katanya.

Kamil berkata, seorang lagi mangsa yang cedera belum dikenal pasti identitinya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mac 2017 @ 5:23 PM

Kemaskini pada 2017-03-15 18:22:33 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page