Khas Untuk Pengguna [ x ]

qrcode


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN
PDTHL

Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
jata   pdthl

   

           

Pembayaran Cukai Tanah Sebelum 31 Mei

PERHATIAN KEPADA SEMUA PEMILIK TANAH 

1)      Cukai tanah yang dikenakan hendaklah dibayar pada awal tahun kalendar iaitu mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun. Cukai Tanah yang tidak dijelaskan sebelum 1 Jun akan menjadi tunggakan untuk tahun tersebut. Mana-mana denda lewat yang tidak dijelaskan selepas 1 Jun pada tahun semasa, ianya akan menjadi tunggakan pada tahun berikutnya. Denda Lewat akan dikenakan jika pembayaran Cukai Tanah dijelaskan selepas 31 Mei. Kadar Denda Lewat adalah seperti jadual berikut:

 

 

Cukai Perlu Dibayar

Kadar Denda Lewat

RM10.00 dan kurang

RM1.00

RM10.01 – RM50.00

RM2.00

RM50.01 – RM100.00

RM5.00

Melebihi RM100.01

7% daripda jumlah cukai

 

 

2)      Pembayaran melalui Cek/Kiriman Wang/Wang Pos/Bank Draf hendaklah di atas nama Ã¢â‚¬Å“BENDAHARI NEGERI SELANGORâ€Â dan dipalang Ã¢â‚¬Å“AKAUN PENERIMA SAHAJAâ€Â. Sila catitkan Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat Pembayar serta Maklumat Pengenalan Hakmilik di muka belakang Cek/Kiriman Wang/Wang Pos/Bank Draf. Pembayaran juga diterima melalui Kad Kredit/Debit. Pembayaran ini hanya boleh dibuat di mana-mana Pejabat Tanah di Selangor sahaja.

 

 

3)      Bayaran boleh dibuat di mana-mana Pejabat Tanah Selangor pada waktu berikut:

 

 

Isnin hingga Khamis

8.30 pagi hingga 3.30 petang

Jumaat

8.30 pagi hingga 11.45 pagi

2.45 petang hingga 3.30 petang

 

4)      Bayaran boleh dibuat melalui perkhidmatan perbankan internet seperti:

a)      CIMB

b)      MBF Cards

c)       RHB

d)      Pos Online

e)      Ambank

f)       Maybank2u

g)      BIMB

h)      HSBC

 

5)      Bayaran secara tunai sahaja boleh dibuat di kaunter-kaunter seperti berikut:

a)      Kaunter Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah di seluruh Negeri Selangor

b)      Kaunter Pejabat Pos di seluruh Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.


Kemaskini pada 2013-10-09 14:49:03 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

  

PEJABAT DAERAH / TANAH HULU LANGAT
Kompleks Pentadbiran Daerah
Persiaran Pusat Bandar, Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi

Tel      : 03 89251992

emel : aduanpdthl@selangor.gov.my

 

Dasar Privasi & Keselamatan  |  Hakcipta
Hakcipta © 2016 Pejabat Daerah Tanah Hululangat
Paparan terbaik : IE9 keatas, Firefox 11 keatas, Google Chrome beresolusi 1280 x 720