Khas Untuk Pengguna [ x ]

qrcode


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN
PDTHL

Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
jata   pdthl

   

           

Pembiayaan Pinjaman/Kewangan

Perkhidmatan: Pinjaman/Kewangan

Permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor
<Maklumat lanjut boleh didapati di portal e-perkhidmatan gerbang mesra selangor: http://gerbang.selangor.gov.my/pinjaman_pinjaman_pelajaran_7c.php>

 

 MAKLUMAT AM:

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR

  1. Pemohon seorang warganegara Malaysia, keutamaan diberikan kepada Pemohon atau Ibu/Bapa Pemohon yang lahir di Negeri Selangor atau Pemohon yang lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974
  2. Pemohon telah mendapat tempat atau tawaran pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan, Kolej Inpens atau Unisel di peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah pertama.
  3. Tidak mendapat Biasiswa / Pinjaman / Tajaan dari mana-mana pihak
  4. Mengisi Borang PP1 dengan lengkap dan menyerahkan kepada Yayasan Selangor sebelum Tarikh tutup penyerahan borang

PANDUAN MENGISI BORANG PP1

  1. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi lengkapan Borang PP1 
    berserta sekeping gambar terbaru berukuran pasport
  2. Semua maklumat yang diberi hendaklah benar dan ditulis dengan terang 
    menggunaan huruf besar.
  3. Isi maklumat secara ringkas dan tepat di ruang yang disediakan.
  4. Lampirkan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan benar seperti berikut:
    1. Surat beranak Pemohon, Ibu dan Bapa / Penjaga
    2. Kad pengenalan Pemohon, Ibu dan Bapa / Penjaga
    3. Surat tawaran kursus peringkat Sijil atau Diploma atau Ijazah Pertama
    4. Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan (Testimonial)
    5. Sijil SPM / SPMV / STPM / SIJIL / Diploma dan lain-lain Sijil yang berkaitan
    6. Slip / Penyata Yuran Pengajian
    7. Keputusan peperiksaan bagi setiap tahun Akademik /Semester (Jika Berkenaan)
    8. Penyata gaji terakhir daripada majikan (Bagi Ibu / Bapa / Penjaga yang bekerja)

        Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-
        Yayasan Selangor
        Menara Yayasan Selangor
        No. 18 A Jalan Persiaran Barat
        46000 Petaling Jaya
        Selangor Darul Ehsan
        (U.P : Bahagian Pinjaman Pelajaran)
        No. Telefon : 03-7551212 
        No. Faksimili : 03-7541790
        (Laman Web : http://www.yayasanselangor.com.my)


Kemaskini pada 2018-01-15 11:26:39 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

   PEJABAT DAERAH / TANAH HULU LANGAT
Kompleks Pentadbiran Daerah
Persiaran Pusat Bandar, Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi

Tel      : 03 89251992
emel   : hlangat@selangor.gov.my 
 

Dasar Privasi & Keselamatan  |  Hakcipta
Hakcipta © 2016 Pejabat Daerah Tanah Hululangat
Paparan terbaik : IE9 keatas, Firefox 11 keatas, Google Chrome beresolusi 1280 x 720