Khas Untuk Pengguna [ x ]

qrcode


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN
PDTHL

Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
jata   pdthl

   

           

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan

DATA TERBUKA KERAJAAN

 
DEFINISI
  • Data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Sektor Awam atau Swasta.
  • Pelaksanaan Data Terbuka Kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan awam terhadap maklumat Kerajaa
  • Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil bahagian di dalam menyumbang data kepada Portal Data Terbuka Sektor Awam Malaysia supaya boleh dimanfaatkan oleh semua pengunjug. Bagaimanapun buat masa ini permohonan data masih perlu dikemukakan kepada :

    Seksyen Data,
    Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor,
    Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
    Tingkat 15, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam, Selangor
    Telefon : 03-55447947 
    E-mel : nizza@selangor.gov.my
 
SENARAI DATA : ANALISIS DATA DEMOGRAFI NEGERI SELANGOR DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN
 
JADUAL KANDUNGAN FORMAT
BAHAGIAN SATU : Perangkaan Penting
Jadual 1.0 Perangkaan Penting Negeri Selangor 2010-2014 Excel
Jadual 1.1 Perangkaan Penting Daerah Gombak 2010-2014 Excel
Jadual 1.2 Perangkaan Penting Daerah Klang 2010-2014 Excel

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat seperti di bawah.

1. Penggunaan data di bawah terma ini
Pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj.

2. Pengguna boleh melaksanakan perkara yang berikut:
(i) Salin, terbit, edar dan pindah data;

(ii) Adaptasi data;

(iii) Guna data secara komersial dan tidak komersial; dan

(iv) Gabung data dengan data lain atau rangkum data dalam produk atau aplikasi.

3. Sekiranya melaksanakan mana-mana daripada yang dinyatakan pada para 2, pengguna HENDAKLAH:
(i) Menyatakan sumber data dalam produk atau aplikasi berdasarkan pernyataan yang ditentukan oleh pemilik data;

(ii) Menyediakan pautan kepada Terma Penggunaan ini; dan

(iii) Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilik harta intelek data, pengguna hendaklah menggunakan pernyataan seperti yang berikut:
"Data dan maklumat tertakluk di bawah Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia 1.0 "

4. PENGECUALIAN
Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap:
(i) Data peribadi;

(ii) Nama, jata, logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data;

(iii) Logo organisasi sektor awam atau jabatan;

(iv) Lambang diraja dan lambang tentera;

(v) Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa terhadapnya;

(vi) Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan dan hak reka bentuk; dan

(vii) Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad.

5. TIADA JAMINAN
(i) Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data dikecualikan daripada sebarang representasi, waranti, obligasi dan liabiliti berhubung data; dan

(ii) Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang jenis kehilangan, kecederaan atau kerosakan kesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data tidak memberikan jaminan data disediakan secara berterusan.

6. UNDANG-UNDANG
Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

 

Kemaskini pada 2018-01-15 10:27:49 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

  

PEJABAT DAERAH / TANAH HULU LANGAT
Kompleks Pentadbiran Daerah
Persiaran Pusat Bandar, Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi

Tel      : 03 89251992

emel : aduanpdthl@selangor.gov.my

 

Dasar Privasi & Keselamatan  |  Hakcipta
Hakcipta © 2016 Pejabat Daerah Tanah Hululangat
Paparan terbaik : IE9 keatas, Firefox 11 keatas, Google Chrome beresolusi 1280 x 720