Khas Untuk Pengguna [ x ]

qrcode


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN
PDTHL

Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
jata   pdthl

   

           

Soalan Lazim Unit Pendaftaran

Q1 Apakah perbezaan antara Carian Rasmi dan Carian Persendirian?
  Dari segi isi kandungan, semuanya sama. Bezanya cuma pada kadar bayaran iaitu Carian
Rasmi RM50, Carian Persendirian RM30. Carian Rasmi mempunyai cop pengesahan dari
Pentadbir Tanah dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi.

   
Q2 Berapakah masa yang diambil untuk mendaftar perserahan Pindahmilik Tanah?
  24 jam dari tarikh perserahan ( tidak termasuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Am).
   
Q3  Adakah kaveat persendirian boleh dimasukkan oleh pemilik tanah?
   Boleh, tetapi hendaklah mempunyai alasan / sebab dan bukti yang kukuh.
   
Q4  Apakah perbezaan antara HS(D) / Pajakan Negeri / Geran dan HS(M) / Pajakan Mukim / Geran Mukim?
   HS(D) / Pajakan Negeri / Geran merupakan hakmilik tanah Bandar dan dipegang oleh Pendaftar Hakmilik Negeri. HS(M) / Pajakan Mukim / Geran Mukim pula
ialah hakmilik tanah desa yang dipegang oleh Pentadbir Tanah.
   
 Q5 Berapakah umur yang layak menerima @ memindahmilik?
  18 tahun ke atas.
   
Q6 Adakah status "pentadbir" boleh memindahmilik?
  Pemilik berstatus "Pentadbir" tidak boleh memindahmilik melainkan "pentadbir" itu mendapat
perintah Pusaka atau perintah mahkamah yang jelas menyatakan boleh memindahmilik.
   
Q7 Bolehkah tanah Simpanan Melayu dan Rezab Melayu dipindahmilik kepada orang
bukan Melayu?
  Boleh, selagi pemilikan adalah orang bukan Melayu, maka boleh dipindahmilik kepada orang bukan Melayu.Sekiranya telah dipindahmilik kepada orang Melayu,
maka ianya tidak boleh dipindahmilik kepada orang bukan Melayu.
   
Q8  Bilakah dokumen yang telah siap didaftarkan boleh dipungut?
  Dokumen perserahan boleh dikutip selepas 24 jam dari tarikh perserahan ( tidak termasuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Am). Sekiranya kutipan tidak dibuat dalam
tempoh 7 hari selepas itu, maka denda RM100 akan dikenakan pada hari kelapan.

   
Q9 Kenapa alamat pada geran Hakmilik Kekal tidak sama dengan bil hasil tanah?
  Kerana sistem yang digunakan di Unit Pendaftaran (geran) dan Unit Hasil (bil hasil tanah) adalah berbeza. Sekiranya berlaku, mohon pemilik untuk
membuat semakan dan mengemaskini alamat terkini pada kedua - dua unit berkenaan.
   
Q10 Berapa lamakah proses yang diambil untuk penukaran hakmilik sementara kepada
hakmilik kekal?
  Proses keseluruhan mengambil masa antara 1 - 3 bulan bergantung kepada Pelan Akui oleh JUPEM, dan perbezaan
keluasan (perbezaan <5% - terus proses, perbezaan > 5%  tetapi  <20% - kuasa dibawah Pentadbir Tanah, perbezaan > 20% - kuasa Kerajaan Negeri).


   
Q11 Kenapa geran HS(D) / Pajakan Negeri / Geran tidak boleh disemak di peringkat
daerah?
  Hakmilik tersebut dipegang oleh Pendaftar Hakmilik Negeri dan sistem di daerah tidak boleh menembusi sistem di Pejabat Tanah Galian Selangor
   
Q12 Kenapa perlu ada bayaran RM20 yang dikenakan semasa kutipan hakmilik kekal?
  Bayaran RM20 adalah untuk bayaran menyampaikan notis kutipan.
   
Q13 Berapa lamakah endosan hakmilik strata siap didaftarkan?
  Tempoh endosan Hakmilik Strata adalah selama 3 - 6 bulan.
   
Q14 Berapakah kadar bayaran yang dikenakan untuk setiap perserahan Hakmilik Strata?
  Bayaran yang dikenakan adalah sama dengan Hakmilik Persendirian kecuali bagi pembeli pertama diskaun sebanyak 20% akan diberi.
   
Q15 Bagaimanakah pembeli / pemilik rumah Hakmilik Strata hendak membuat
pembayaran cukai tanah?
  Pembeli / pemilik rumah Hakmilik Strata hendaklah membuat pembayaran cukai tanah kepada pemaju / perbadanan pengurusan.
   
Q16 Jika pemaju tersebut diisytiharkan bankrup, bagaimanakah pembeli hendak menuntut
geran hakmilik strata?
  Jika pemaju diisytiharkan bankrup, pembeli / pemilik boleh merujuk kepada Jabatan Insolvensi.

Kemaskini pada 2014-11-20 14:58:47 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

  

PEJABAT DAERAH / TANAH HULU LANGAT
Kompleks Pentadbiran Daerah
Persiaran Pusat Bandar, Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi

Tel      : 03 89251992

emel : aduanpdthl@selangor.gov.my

 

Dasar Privasi & Keselamatan  |  Hakcipta
Hakcipta © 2016 Pejabat Daerah Tanah Hululangat
Paparan terbaik : IE9 keatas, Firefox 11 keatas, Google Chrome beresolusi 1280 x 720