Khas Untuk Pengguna [ x ]

qrcode


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN
PDTHL

Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
jata   pdthl

   

           

Soalan Lazim Bahagian Pembangunan

Q1 Apakah maksud TAWAS
  TAWAS bermaksud Tabung Warisan Anak Selangor.Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM100.00
bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM1,500.00 seorang hasil
daripada pelaburan dalam TAWAS.
   
Q2 Bagaimanakah prosedur permohonan TAWAS?
  Skim disediakan secara PERCUMA (tiada bayaran pendaftaran). Ibubapa atau penjaga hendaklah mendaftar melalui Borang Pendaftaran Rasmi sahaja.
Pendaftaran secara online boleh dibuat melalui www.tawas.org.my. Setiap pendaftaran hendaklah dibuat oleh ibubapa / penjaga dengan menyertakan salinan
dokumen seperti berikut :-
a) Sijil Lahir Anak / MyKid Anak
b) MyKad Ibu
c) MyKad Bapa
d) MyKad Penjaga (Jika Perlu)
e) Surat perakuan Anak Angkat (Jika Perlu)
   
Q3  Apakah maksud Program BluePrint?
   Satu program untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan miskin dan berpendapatan rendah. Bantuan berupa peralatan atau mesin berdasarkan
perusahaan / perniagaan yang sedang dijalankan.
   
 Q4 Apakah yang perlu dilampirkan di dalam borang permohonan Blueprint?
  a) Salinan Kad pengenalan
b) Gambar perusahaan / perniagaan
c) Sebutharga dari pembekal
   
 Q5 Apakah syarat-syarat kelayakan asas untuk memohon Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin ?
  a) Pendapatan isi rumah pemohon dibawah 419.00 sebulan
b) Pemohon berumur 50 tahun – 65 tahun kecuali Orang Kurang Upaya (OKU)
c) Tidak menumpang di rumah saudara mara
d) Mempunyai tapak untuk membina kediaman baru 
   
Q6 Apakah yang perlu dilampirkan di dalam borang permohonan Kerajaan Prihatin?
  a) Salinan Kad Pengenalan
b) Salinan Geran (Untuk Permohonan Bina Baru Sahaja)
c) Gambar Rumah Pemohon
d) Surat Memberi Kuasa Menduduki (Sekiranya Ada) 
   
Q7 Apakah syarat-syarat permohonan Dana Industri Kecil Negeri Selangor (IKS)
  a) Berumur di antara 18 hingga 55 tahun
b) Telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun
c) Bantuan adalah dalam bentuk peralatan sahaja
d) Had maksimum bantuan yang diberi tidak melebihi RM10,000.00 setiap seorang 
   
 Q8 Apakah yang perlu dilampirkan di dalam borang permohonan Dana Industri Kecil (IKS)
   a) Salinan Kad pengenalan
b) Gambar perusahaan / perniagaan
c) Sebutharga dari pembekal
e) Lakaran kasar pelan lokasi perniagaan

   
Q9 Bagaimanakah prosedur bayaran hadiah Pengajian IPT dibuat?
 

a) Hanya permohonan yang menepati syarat dan didapati lengkap sahaja yang layak
dipertimbangkan untuk proses bayaran.
b) Bayaran hadiah berjumlah RM1,000.00 akan dikreditkan terus ke akaun pemohon atau melalui
cek atas nama pemohon.
c) Setiap pemohon hanya layak dibayar sekali sepanjang pengajian, sama ada di peringkat Ijazah
Sarjana Muda atau Diploma sahaja.
d) Bayaran akan dibuat dalam tempoh dua (2) minggu (10 hari bekerja) selepas Borang Hadiah
Pengajian IPT yang lengkap beserta lampiran dokumen yang diperlukan diterima oleh pihak
Urus Setia.

 

 

e) Untuk semakan status pembayaran, sila layari laman web Sistem Permohonan
HPIPT:http://hpipt.selangor.gov.my
Untuk sebarang pertanyaan dan makluman lanjut sila hubungi Urus Setia Hadiah Pengajian
IPT:- PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN SELANGOR
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
TINGKAT 3, BANGUNAN SSAAS
40503 SHAH ALAM
TEL : 03-55447385 / 7484 / 7543
FAX : 03-55104095 / 55135564

Kemaskini pada 2014-11-20 14:35:25 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

  

PEJABAT DAERAH / TANAH HULU LANGAT
Kompleks Pentadbiran Daerah
Persiaran Pusat Bandar, Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi

Tel      : 03 89251992

emel : aduanpdthl@selangor.gov.my

 

Dasar Privasi & Keselamatan  |  Hakcipta
Hakcipta © 2016 Pejabat Daerah Tanah Hululangat
Paparan terbaik : IE9 keatas, Firefox 11 keatas, Google Chrome beresolusi 1280 x 720