Khas Untuk Pengguna [ x ]

qrcode


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN
PDTHL

Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
jata   pdthl

   

           

Soalan Lazim Unit Hasil

Q1 Apa itu "Cukai Tanah"?
Apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai cukai tanah;

Apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri yang menurut mana-mana undang-undang bertulis,
hendaklah dipungut seolah-olah ianya adalah cukai tanah atau hasil tanah; dan

Apa-apa bayaran yang terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai tunggakan cukai tanah oleh sebab kaedah-kaedah di bawah Seksyen 14
Kanun Tanah Negara, 1965.

Q2 Bila cukai tanah bagi sesuatu tahun itu harus dibayar?
Mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun, dan selewat-lewatnya sebelum 1hb. Jun setiap tahun.

Q3 Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Tanah?  

Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965: Setiap Pemilik Tanah Berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan Cukai Tanah   Q4 Mengapa Saya Perlu Membayar Cukai Tanah?  Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah (atau wakil bagi pihaknya) untuk membayar cukai tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri,
TANPA PERLU MENUNGGU MAKLUMAN MELALUI BIL HASIL TANAH
 

Q5 Apa yang berlaku jika cukai tanah tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan?
Fi tunggakan akan dikenakan sebagai tambahan kepada cukai tanah

Notis tuntutan (Borang 6A) akan dikeluarkan dan jika tidak dijelaskan dalam tempoh tiga [3] bulan daripada tarikh arahan Notis tersebut,
maka tindakan merampas tanah dibawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara akan diambil

Q6 Dimanakah saya boleh membayar cukai tanah?
Kaunter Hasil Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor;

Kaunter Hasil Pejabat Tanah/ Daerah di Negeri Selangor;

Kaunter Hasil Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor (Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah); dan

Kaunter Pejabat Pos di seluruh Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Q7 Bolehkan pembayaran dilakukan secara dalam talian atau ‘online’?
Boleh. Anda boleh melayari laman web http://www.selangor.gov.my/ bagi melakukan pembayaran secara dalam talian atau ‘online’.
Bayaran juga boleh dibuat melalui perkhidmatan perbankan internet seperti:

CIMB                              PosOnline                        BIMB
MBF Cards                      AmBank                          HSBC
RHB                               Maybank2u
 

Q8 Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan bil cukai?  

Bil-bil cukai akan dihantar oleh Pejabat Tanah kepada semua pemilik tanah berdaftar mengikut alamat yang didaftarkan pada hakmilik.
Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab tuan tanah untuk memaklumkan alamat terkini tempat tinggal bagi memastikan bil hasil diterima.

Sekiranya bil cukai tanah tidak diterima, pemilik tanah boleh berhubung dengan mana-mana Pejabat Tanah/ Daerah di Selangor atau
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Negeri Selangor.

Q9 Mengapa saya tidak menerima bil cukai tanah?
Pihak Pejabat Tanah tidak dapat mengesan alamat terkini anda; atau;

Alamat yang diberikan/ didaftarkan pada hakmilik tidak lengkap

Q10 Kenapa nombor hakmilik saya tidak sama dengan nombor hakmilik di dalam bil cukai?
Hakmilik anda telah ditukarganti kepada hakmilik baru

Hakmilik anda telah disambung daripada hakmilik sementara kepada hakmilik kekal (tetap)

Q11 Apa itu Skim Strata?

Skim strata merupakan suatu projek pembangunan di mana blok-blok bangunan bertingkat dan/atau tanah dipecah bahagikan kepada petak-petak utama, petak
aksesori dan harta bersama,yang terletak di dalam satu kawasan berpagar atau “gated community”.Contoh skim strata adalah seperti perumahan jenis kondominium,pangsapuri, “townhouse” , rumah kedai dan skim harta tanah strata.

Q12 Apa itu Hakmilik Strata?

Hakmilik Strata merupakan suatu dokumen geran yang dikeluarkan untuk pemilik unit di dalam suatu skim strata, contohnya unit pangsapuri, rumah pangsa,kompleks komersial dan sebagainya.

Q13 Apakah hak-hak saya sebagai pemilik petak?

Pemilik petak mempunyai hak untuk:

i.Menjalankan transaksi urusniaga dan bukan urusniaga, contohnya pindahmilik, gadaian dan sebagainya;
 

ii.Mengundi di dalam Mesyuarat Agong tahunan dan Mesyuarat Luar Biasa, dengan syarat bahawa segala fi pembayaran kepada Perbadanan Pengurusan telah
dijelaskan;

iii.Menggunakan Harta Bersama yang disediakan;

iv.Menerima perkhidmatan utiliti seperti bekalan air, pembentungan, perparitan, bekalan elektrik, kutipan sampah dan lain-lain; dan

v.Menyemak rekod-rekod kewangan Perbadanan Pengurusan

Q14 Apa itu Harta Bersama?

Harta Bersama ertinya mana-mana bahagian daripada lot yang tidak terkandung dalam mana-mana petak (termasuk mana-mana petak aksesori) atau mana-mana blok sementara sebagaimana yang ditunjukka dalam pelan strata yang diperakukan. Contohnya, lif, tangga, tempat letak kereta pelawat, pondok pegawai keselamatan dan sebagainya.


Q15 Apa itu Petak Aksesori?

Petak aksesori merupakan petak selain petak utama yang digunakan secara eksklusif oleh tuan punya petak hakmilik strata (petak utama), contohnya tempat letak kereta khas untuk pemilik unit.
 

Apakah perbezaan di antara Badan Pengurusan Bersama (JMB) dengan Perbadanan Pengurusan (MC)

Badan Pengurusan Bersama diwujudkan apabila terbukanya daftarai strata dan hakmilik-hakmilik strata dikeluarkan di atas nama pemaju. Pembeli-pembeli petakstrata adalah bertanggungjawab untuk bersama-sama pemaju menjalankan pengurusan bangunan. Pemaju juga masih ada “kerusi” di dalam JMB dimana pemaju berhak memberi nasihat, mengemukakan undi dan membuat keputusan ke atas pengurusan dan penyelenggaraan bangunan. Pembeli juga wajib untuk mencarum kepada Kumpulan Wang Caruman yang diuruskan oleh pemaju pada peringkat ini.

Perbadanan Pengurusan wujud setelah hakmilik-hakmilik strata yang telah dikeluarkan dipindahmilik kepada pembeli. Pembeli, setelah diberimilik hakmilik strata secara rasmi menjadi pemilik petak strata berkenaan, dan diberi satu “kerusi” di dalam MC. MC merupakan suatu badan korporat yang wujud menurut kuasa seksyen 17 Akta, mempunyai meterai atau “common seal” dan boleh didakwa atau mendakwa. Ianya tidak perlu didaftarkan dengan Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Pertubuhan. MC adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pengurusan dan penyelenggaraan bangunan, serta pengurusan rekod dan pengurusan Kumpulan Wang Caruman.

Adakah pemilik petak wajib membayar kedua-dua Cukai Taksiran dan Kumpulan Wang Caruman (Management Fund) secara berasingan?

Ya, kerana ia merupakan fi pembayaran yang berlainan.


Cukai Taksiran adalah cukai yang dikenakan kepada semua pegangan atau hartanah berkadar yang ada di kawasan pentadbiran sesuatu Pihak Berkuasa Tempatan.

Manakala fi bagi Kumpulan Wang Caruman dikenakan ke atas pemilik petak dengan maksud bagi pengurusan sesuatu skim strata itu.


Q16 Apa itu Kumpulan Wang Caruman?

Kumpulan Wang Caruman merupakan suatu dana yang diuruskan sepenuhnya oleh Perbadanan Pengurusan (MC) bagi maksud menyelenggara bangunan,membayar premium insuran kebakaran, serta caj-caj lain yang berkenaan dengan pengurusan bangunan. Setiap pemilik petak adalah wajib untuk mencarum kepada Kumpulan Wang Caruman ini.


Q17 Apa itu Cukai Petak?

Cukai Petak ialah cukai yang dikenakan keatas hakmilik strata bagi menggantikan cukai tanah.


Q18 Siapa boleh ambil Bil Cukai Petak?

JMB/ Individu boleh mendapatkan Cukai Petak di Bahagian Hakmilik Strata dan Bahagian Hasil PTGS serta Pejabat Tanah Daerah. Perlu bawa maklumat hakmilik strata yang lengkap.

Q19 Siapa yang keluarkan Bil Cukai Petak?

Dikeluarkan oleh PTGS bagi hakmilik GRN/PN & PTD bagi hakmilik GM/PM.

Q20 Siapa perlu bayar bil berkenaan?

Bagi skim strata yang masih belum dikeluarkan hakmilik strata, masih tertakluk kepada Cukai Tanah (Master Title) yang dikutip oleh JMB. Manakala skim strata yang telah dikeluarkan hakmilik strata, Cukai Petak dibayar oleh setiap pemilik petak / JMB (Sila rujuk dengan JMB untuk maklumat lanjut).

Q21 Dimanakah bayaran Cukai Petak boleh dibuat?

Bayaran boleh dibuat di kaunter hasil PTGS & PTD seluruh Negeri Selangor. 

Q22 Cukai Tanah 2018 telah dibayar, adakah masih perlu bayar Cukai Petak 2018?

Ya, Wajib bayar Cukai Petak 2018. Cukai Tanah 2018 yang telah dibayar akan dibuat pelarasan pada tahun 2019

Q23 Urusniaga 2018 (Pindahmilik)?

Rujuk kepada Arahan PTGS Bil.1/2018 : Pendaftaran Urusniaga Ke Atas Hakmilik Untuk Skim Pembangunan Berstrata Bagi Tempoh Peralihan Sebelum Pelaksanaan Cukai Petak Hakmilik Strata. Perlu bayar Cukai Petak semasa sebelum sebarang urusniaga dijalankan. Sekiranya terdapat tunggakan
Cukai Tanah pada tahun 2017, ia akan dimasukkan ke dalam Cukai Petak semasa.

 

 


Kemaskini pada 2019-07-01 09:54:58 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

  

PEJABAT DAERAH / TANAH HULU LANGAT
Kompleks Pentadbiran Daerah
Persiaran Pusat Bandar, Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi

Tel      : 03 89251992

emel : aduanpdthl@selangor.gov.my

 

Dasar Privasi & Keselamatan  |  Hakcipta
Hakcipta © 2016 Pejabat Daerah Tanah Hululangat
Paparan terbaik : IE9 keatas, Firefox 11 keatas, Google Chrome beresolusi 1280 x 720